Connect with us

Terkini

Tidak daftar PADU, data asas sedia ada akan digunakan – DOSM

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menggunakan data asas sedia ada bagi individu yang tidak mendaftar di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata data disimpan dalam sistem PADU akan memudahkan jabatan perangkaan membuat analisis dan bancian bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan, selain membantu kerajaan memperkenalkan polisi sesuai keperluan rakyat.
  • Katanya, DOSM memerlukan data yang bersifat dinamik untuk menjalankan analisis dan bagi individu yang tidak mendaftar dengan sistem PADU, jabatan itu akan menggunakan data asas sedia ada.
  • “Malah seperti yang kita uar-uarkan sebelum ini, sistem ini selamat digunakan dan data yang disimpan dalam sistem PADU juga selamat,” katanya dipetik BERNAMA pada Ahad.

KUALA LUMPUR — Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan menggunakan data asas sedia ada bagi individu yang tidak mendaftar di sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata data disimpan dalam sistem PADU akan memudahkan jabatan perangkaan membuat analisis dan bancian bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan, selain membantu kerajaan memperkenalkan polisi sesuai keperluan rakyat.

Katanya, DOSM memerlukan data yang bersifat dinamik untuk menjalankan analisis dan bagi individu yang tidak mendaftar dengan sistem PADU, jabatan itu akan menggunakan data asas sedia ada.

“Malah seperti yang kita uar-uarkan sebelum ini, sistem ini selamat digunakan dan data yang disimpan dalam sistem PADU juga selamat,” katanya dipetik BERNAMA pada Ahad.

Mohd Uzir berkata sejak sistem PADU dilancarkan pada 2 Januari lalu, ia terus berfungsi tanpa gangguan atau downtime sekalipun berdepan aliran trafik pendaftaran yang tinggi.

Beliau berkata antara bukti sistem berkenaan dibangunkan dengan baik apabila perkhidmatan pendaftaran dan proses kemas kini maklumat dapat dilakukan dengan lancar.

Pendaftaran sistem PADU tamat pada tengah malam tadi, di mana setakat 12 tengah hari semalam jumlah rakyat yang mendaftar meningkat kepada 10.8 juta iaitu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending