Antarabangsa
Gagal pulangkan tebusan, kerajaan Netanyahu mesti berundur – Ketua Pembangkang Israel
Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid pada Ahad menggesa Israel mengadakan pilihan raya awal dan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mesti diturunkan.

- Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid pada Ahad menggesa Israel mengadakan pilihan raya awal dan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mesti diturunkan.
- Ini kerana kerajaan pimpinan Netanyahu dilihat gagal mengembalikan tebusan yang ditahan di Gaza sejak 7 Oktober lalu, lapor agensi berita Anadolu.
- “Satu demi satu, menteri-menteri kerajaan ke udara pagi ini dan menyerang keluarga mangsa yang diculik. Kamu hilang akal. Wanita muda, orang tua, kanak-kanak diculik di bawah pemerhatian kamu.
- “Selama setengah tahun kamu gagal bawa mereka pulang, dan kemudian kamu menyalahkan keluarga mereka? Kerajaan pemusnah ini mesti dihantar pulang. Pilihanraya sekarang,” kata Lapid di platform X.
Pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid pada Ahad menggesa Israel mengadakan pilihan raya awal dan berkata kerajaan pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mesti diturunkan.
Ini kerana kerajaan pimpinan Netanyahu dilihat gagal mengembalikan tebusan yang ditahan di Gaza sejak 7 Oktober lalu, lapor agensi berita Anadolu.
“Satu demi satu, menteri-menteri kerajaan ke udara pagi ini dan menyerang keluarga mangsa yang diculik. Kamu hilang akal. Wanita muda, orang tua, kanak-kanak diculik di bawah pemerhatian kamu.
“Selama setengah tahun kamu gagal bawa mereka pulang dan kemudian kamu menyalahkan keluarga mereka? Kerajaan pemusnah ini mesti dihantar pulang. Pilihanraya sekarang,” kata Lapid di platform X.
Terdahulu pada Ahad, Menteri Warisan Amichay Eliyahu bertindak mengkritik keluarga tahanan.
Ia berlaku selepas demonstrasi besar-besaran pada Sabtu di Tel Aviv diadakan bagi menggesa kerajaan meletakkan jawatan.
“Protes di Ayalon ganas … Untuk Hamas, ini satu hadiah. Ini mempunyai kesan sebaliknya dan melemahkan tentera (barisan) hadapan,” kata Eliyahu kepada Channel 12. – The Merdeka Times
