Connect with us

Terkini

Enggan persekitaran ‘liberal’ terjejas, Kumpulan siswa bantah etika pakaian UM

Kod etika pemakaian Universiti Malaya (UM) yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UM baru-baru ini dibantah kumpulan pelajar yang mendakwa kod itu bersifat konservatif.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kumpulan pelajar UM yang membantah dan mendakwa Kod etika pemakaian Universiti Malaya (UM) yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UM itu bersifat konservatif.
  • Kod etika pemakaian Universiti Malaya (UM) yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UM baru-baru ini dibantah kumpulan pelajar yang mendakwa kod itu bersifat konservatif.
  • Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Ten Kang Yeaw berkata kod itu menjejaskan persekitaran “progresif dan liberal” di universiti tertua di Malaysia tersebut.
  • Kang Yeaw berkata sebagai universiti peneraju, dengan 20 peratus pelajar antarabangsa, UM mesti menyediakan persekitaran inklusif, progresif, rencam dan membiarkan mahasiswa belajar tanpa kekangan peraturan yang tidak munasabah.
  • “Bagaimanapun, dalam beberapa bulan terakhir, Kementerian Pengajian Tinggi dan pentadbiran UM telah berulang kali memperkenalkan dasar-dasar yang konservatif,” katanya dipetik MalaysiaKini pada Jumaat lalu.
  • Dalam kod etika pemakaian dikongsikan UM di media sosial, pelajar perempuan dikehendaki memakai seluar panjang dalam acara sukan dan rekreasi, manakala pelajar lelaki perlu memakai seluar panjang atau seluar tiga suku.
  • “Keselesaan pelajar mesti dijadikan keutamaan dan bukan kehendak mereka yang duduk dalam bilik air-cond (pendingin hawa),” kata Presiden Suara Siswa, Abqari Annuar.

KUALA LUMPUR — Kod etika pemakaian Universiti Malaya (UM) yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UM baru-baru ini dibantah kumpulan pelajar yang mendakwa kod itu bersifat konservatif.

Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY), Ten Kang Yeaw berkata kod itu menjejaskan persekitaran “progresif dan liberal” di universiti tertua di Malaysia tersebut.

Kang Yeaw berkata sebagai universiti peneraju, dengan 20 peratus pelajar antarabangsa, UM mesti menyediakan persekitaran inklusif, progresif, rencam dan membiarkan mahasiswa belajar tanpa kekangan peraturan yang tidak munasabah.

“Bagaimanapun, dalam beberapa bulan terakhir, Kementerian Pengajian Tinggi dan pentadbiran UM telah berulang kali memperkenalkan dasar-dasar yang konservatif,” katanya dipetik MalaysiaKini pada Jumaat lalu.

UMANY dan Suara Siswa UM mengadakan sidang media pada pagi Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap kod pakaian yang dikeluarkan pada 3 April itu, termasuk melalui media sosial universiti.

Bagaimanapun, kumpulan terbabit tidak menyatakan secara khusus bahagian yang dibantah, namun daripada poster dipamerkan semasa sidang media, difahamkan ia berkaitan larangan memakai seluar pendek ketika bersukan.

“Cuaca panas, saya tidak mahu main bola pakai seluar panjang,” menurut salah satu poster dalam bahasa Mandarin  yang dipamer kepada media.

Dalam kod etika pemakaian dikongsikan UM di media sosial, pelajar perempuan dikehendaki memakai seluar panjang dalam acara sukan dan rekreasi, manakala pelajar lelaki perlu memakai seluar panjang atau seluar tiga suku.

Sementara itu, Suara Siswa pula berkata garis panduan berkenaan perlu ditarik balik serta-merta.

“Keselesaan pelajar mesti dijadikan keutamaan dan bukan kehendak mereka yang duduk dalam bilik air-cond (pendingin hawa),” kata presidennya, Abqari Annuar.

Abqari berkata universiti tidak seharusnya melayan mereka seperti budak-budak, sebaliknya mereka harus dibiarkan membuat keputusan sendiri, termasuk soal apa yang hendak dipakai.

Dalam pada itu, tinjauan The Merdeka Times di Facebook UMANY mendapati kumpulan siswa berkenaan turut berkongsikan pautan ke laman web petisyen, ‘Tandatangani Petisyen: Bantah Kod Pakaian Konservatif, Kembalikan Kebebasan Berpakaian kepada Pelajar!’ yang dilancarkan pada 4 April oleh Ten Kang Yeaw.

Antara isi kandungan petisyen itu adalah mengatakan bahawa sebagai ahli komuniti yang terjejas, mereka percaya bahawa garis panduan tersebut menimbulkan masalah yang ketara dan sangat melanggar hak pelajar jika dilaksanakan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending