Connect with us

Terkini

Dakwa Parallel Pathway program ‘tidak halal’, Dr Rafidah bidas kenyataan Ibrahim Abu Shah

Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah menasihatkan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah untuk tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakarannya berhubung isu perubatan membabitkan Program Parallel Pathway (PPP).

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah (kiri) & Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah (kanan) .
  • Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah menasihatkan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah untuk tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakarannya berhubung isu perubatan membabitkan Program Parallel Pathway (PPP).
  • Beliau berkata sepatutnya pakar dalam sesuatu bidang menentukan hala tuju dalam bidang perkhidmatan masing-masing.
  • “Tan Sri bukan doktor, apatah lagi pakar. Tidak perlu komen tentang apa-apa di luar bidang sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.
  • Dr Rafidah mengulas mengenai kenyataan Ibrahim Shah yang mempertikaikan program latihan pascasiswazah antarabangsa PPP dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam video disiarkan Utusan TV pada 15 April lalu.
  • Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat itu, Ibrahim berkata PPP adalah program komersial dan ‘tidak halal’.

KUALA LUMPUR – Pakar Nefrologi, Dr Rafidah Abdullah menasihatkan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah untuk tidak mengeluarkan kenyataan di luar bidang kepakarannya berhubung isu perubatan membabitkan Program Parallel Pathway (PPP).

Beliau berkata sepatutnya pakar dalam sesuatu bidang menentukan hala tuju dalam bidang perkhidmatan masing-masing.

“Tan Sri bukan doktor, apatah lagi pakar. Tidak perlu komen tentang apa-apa di luar bidang sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Dr Rafidah mengulas mengenai kenyataan Ibrahim Shah yang mempertikaikan program latihan pascasiswazah antarabangsa PPP dikendalikan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam video disiarkan Utusan TV pada 15 April lalu.

Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat itu, Ibrahim berkata PPP adalah program komersial dan ‘tidak halal’.

“Program ini adalah satu program komersial. Untuk mendapatkan (kelulusan) dalam program ini, it’s very simple.

“Tidak seperti institut pengajian tinggi awam (IPTA) kita, prosesnya panjang. Kita nak jadi pakar, nak bedah orang.

Parallel Path‘ ini satu program yang tidak halal. Bagaimana mungkin kita nak menghalalkan dengan meminda akta,” katanya.

Dr Rafidah turut menasihatkan Pengerusi Biro Pendidikan MPM itu untuk tidak sesekali menetapkan hukum halal atau haram. 

“Di dalam video penuh pula Tan Sri beri analogi konsep babi. Saya tidak sanggup nak dengar pun. 

“Jadi, inilah dia. Kepakaran saya nampaknya dah dijatuhkan hukuman haram oleh seseorang yang bukan doktor. 

“Saya mohon doa dari rakyat Malaysia dan rakan-rakan seperjuangan semua!” kata Dr Rafidah. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pada awal bulan ini dilaporkan berkata KKM akan mengangkat cadangan kepada Jemaah Menteri untuk menyegerakan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15 pada Jun ini.

Ia bagi memastikan pakar perubatan yang telah menamatkan latihan mereka di bawah PPP akan didaftarkan dan diiktiraf. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *