Connect with us

Antarabangsa

Bimbang ancaman serangan di Rafah, AS tetap hantar bom dan jet pejuang kepada Israel

Amerika Syarikat (AS) memberikan lampu hijau berhubung penghantaran bom dan jet pejuang bernilai berbilion dolar kepada Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Amerika Syarikat (AS) memberikan lampu hijau berhubung penghantaran bom dan jet pejuang bernilai berbilion dolar kepada Israel.
  • Perkara itu berlaku walaupun AS menyatakan kebimbangan berkenaan pencerobohan panjang Israel dengan ancaman ke atas Rafah di Gaza dan peningkatan korban awam di wilayah itu.
  • Pakej senjata baharu itu termasuk lebih 1,800 bom MK84 2,000 paun dan 500 bom MK82 500 paun, menurut Pentagon dan Jabatan Pegawai Negara, lapor Washington Post pada Jumaat.
  • Bom seberat 2,000 paun yang mampu mendatangkan kerosakan kepada orang ramai sehingga 1,000 kaki (300 meter) jauhnya “dikaitkan dengan kejadian pemangsaan skala besar sebelum ini sepanjang kempen ketenteraan Israel di Gaza,” kata laporan itu.

Amerika Syarikat (AS) memberikan lampu hijau berhubung penghantaran bom dan jet pejuang bernilai berbilion dolar kepada Israel.

Perkara itu berlaku walaupun AS menyatakan kebimbangan berkenaan pencerobohan panjang Israel dengan ancaman ke atas Rafah di Gaza dan peningkatan korban awam di wilayah itu.

Pakej senjata baharu itu termasuk lebih 1,800 bom MK84 2,000 paun dan 500 bom MK82 500 paun, menurut Pentagon dan pegawai Jabatan Negara, lapor Washington Post pada Jumaat.

Bom seberat 2,000 paun yang mampu mendatangkan kerosakan kepada orang ramai sehingga 1,000 kaki (300 meter) jauhnya “dikaitkan dengan kejadian pemangsaan skala besar sebelum ini sepanjang kempen ketenteraan Israel di Gaza,” kata laporan itu.

Al Jazeera melaporkan AS memberi bantuan tahunan ketenteraan $3.8bn kepada negara sekutunya itu.

Melapor dari Washington, DC, Kimberly Halkett dari Al Jazeera berkata pemindahan itu “berjumlah kira-kira $2.5 bilion”, menambah perkara itu tetap berlaku biarpun berlakunya perpecahan yang semakin menjadi-jadi di antara Israel dan AS.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *