Connect with us

Terkini

Artikel “ultra kiasu Cina” di Facebook, Ridhuan Tee dipanggil beri keterangan di Bukit Aman

Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung hantarannya di Facebook pada Januari lalu yang bertajuk,  “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung hantarannya di Facebook pada Januari lalu yang bertajuk,  “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina”.
  • “Pagi ini, saya menerima nota daripada Bukit Aman, saya  diminta  tampil memberi keterangan berkaitan artikel dalam FB saya, 11 Januari 2024, bertajuk, “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina”.
  • “Artikel ini dikatakan menjadi viral sejak akhir-akhir ini, saya diminta memberi keterangan di Bukit Aman di bawah Akta 505, Kanun Keseksaan dan Akta 233 Komunikasi dan Multimedia, menyentuh isu berkaitan 3R,” katanya dalam kenyataan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, Ridhuan Tee berkata beliau akan hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan pada jam 10 pagi Jumaat ini (5 April 2024).

KUALA LUMPUR — Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengesahkan beliau dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung hantarannya di Facebook pada Januari lalu yang bertajuk,  “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina”.

Ridhuan Tee yang dikenali lantang dalam mengkritik ultra kiasu Cina mengatakan beliau akan memberi keterangan di bawah Akta 505 Kanun Keseksaan dan Akta 233 Komunikasi dan Multimedia.

Sebagai warganegara bertanggungjawab, Ridhuan Tee berkata beliau akan hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan pada jam 10 pagi Jumaat ini (5 April 2024).

“Pagi ini, saya menerima nota daripada Bukit Aman, saya  diminta  tampil memberi keterangan berkaitan artikel dalam FB saya, 11 Januari 2024, bertajuk, “Amaran kepada Ultra kiasu Cina sama ada dalam DAP, MCA, Gerakan, NGO dan akhbar Cina”.

“Artikel ini dikatakan menjadi viral sejak akhir-akhir ini, saya diminta memberi keterangan di Bukit Aman di bawah Akta 505, Kanun Keseksaan dan Akta 233 Komunikasi dan Multimedia, menyentuh isu berkaitan 3R,” katanya dalam kenyataan kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Foto: Tangkap layar hantaran FB Ridhuan Tee.

Ridhuan Tee menyifatkan situasi dihadapi beliau ketika ini sebagai sesuatu yang mengajarnya erti sebuah perjuangan.

“Doakan saya, semoga saya diberikan kekuatan untuk menghadapi semua dugaan yang mendatang, pada hari dan bulan yang penuh keberkatan ini. Moga Allah s.w.t bersama kita semua,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *