Terkini
Apakah wanita haid boleh hadiri solat sunat hari raya?
Hukum wanita haid menghadiri solat sunat hari raya adalah sunat selagi mana ibadah itu dilaksanakan bukan di masjid, demikian menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).
- Hukum wanita haid menghadiri solat sunat hari raya adalah sunat selagi mana ibadah itu dilaksanakan bukan di masjid, demikian menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).
- Pejabat Mufti WP berkata jika kawasan didirikan solat sunat hari raya itu adalah masjid, maka kaum wanita tidak dibenarkan memasukinya, namun mereka boleh mendengarkan khutbah dari kawasan luar masjid.
- “Dalam sebuah hadis Riwayat al-Bukhari, Nabi SAW bersabda: “Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya serta membawa bersama anak dara dari biliknya dan wanita haid lalu mereka akan berada di belakang orang ramai bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan pada hari tersebut bersama-sama dengan orang ramai”, ” katanya menerusi artikel diterbitkan di laman web rasmi bertajuk, ‘Irsyad Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri Ke 244: Hukum Wanita Haid Menghadiri Solat Sunat Hari Raya’.
KUALA LUMPUR — Hukum wanita haid menghadiri solat sunat hari raya adalah sunat selagi mana ibadah itu dilaksanakan bukan di masjid, demikian menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (WP).
Pejabat Mufti WP berkata jika kawasan didirikan solat sunat hari raya itu adalah masjid, maka kaum wanita tidak dibenarkan memasukinya, namun mereka boleh mendengarkan khutbah dari kawasan luar masjid.
“Hari raya ialah hari kegembiraan bagi umat Islam. Solat sunat hari raya merupakan suatu yang disunatkan bagi umat Islam untuk mengerjakannya di pagi Syawal.
“Bagi mereka yang tidak dapat menunaikan solat sunat hari raya mereka juga dianjurkan untuk turut menghadiri solat sunat hari raya.
“Dalam sebuah hadis Riwayat al-Bukhari, Nabi SAW bersabda: “Kami diperintahkan untuk keluar pada hari raya serta membawa bersama anak dara dari biliknya dan wanita haid lalu mereka akan berada di belakang orang ramai bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan pada hari tersebut bersama-sama dengan orang ramai”, ” katanya menerusi artikel diterbitkan di laman web rasmi bertajuk, ‘Irsyad Fatwa Edisi Khas Ramadan Siri Ke 244: Hukum Wanita Haid Menghadiri Solat Sunat Hari Raya’.
Artikel itu diterbitkan pada 2023 bagi menjawab soalan sekiranya seorang wanita dalam keadaan berhadas haid ketika pagi Syawal boleh menghadiri solat hari raya di masjid atau surau.
Mengulas lanjut, Pejabat Mufti WP berkata hadis berkenaan menjelaskan wanita berada dalam keadaan haid juga dituntut untuk keluar bersama-sama orang ramai demi mengharapkan keberkatan pada hari tersebut.
“Imam al-Qustullani berkata bahawa hadis ini menunjukkan wanita yang berada dalam keadaan haid juga dituntut untuk menghadiri solat sunat hari raya tanpa mengerjakan solat.
“Mereka keluar dengan niat untuk memperolehi keberkatan dan doa orang ramai pada hari tersebut,” katanya. — The Merdeka Times