Connect with us

Antarabangsa

49 negara sokong genosid berterusan China di Turkistan Timur dikecam

Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam penglibatan 49 negara dalam acara yang disifatkannya sebagai tindakan menyokong genosid dan penjajahan berterusan kerajaan China di Turkistan Timur yang diduduki.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam penglibatan 49 negara dalam acara yang disifatkannya sebagai tindakan menyokong genosid dan penjajahan berterusan kerajaan China di Turkistan Timur yang diduduki.
  • Acara dianjurkan Beijing pada 10 April lalu dilaporkan laman web rasmi ETGE dihadiri lebih 50 diplomat dan 21 duta, termasuk dari pelbagai negara majoriti (bangsa) Turki dan Islam.
  • Tindakan itu dilihat bukan sahaja memaparkan kegagalan diplomatik tetapi menurut ETGE memaparkan “krisis moral pada jiwa di tengah-tengah masyarakat antarabangsa”.
  • Menteri Luar Negeri dan Keselamatan ETGE, Salih Hudayar menyuarakan tindakan pengkhianatan terhadap hak asas kemanusiaan dengan pengesahan dilakukan mereka ini.
  • “Penyertaan negara-negara ini dalam persembahan yang diatur China adalah pengesahan mengerikan berkenaan sokongan tersirat mereka terhadap genosid (pembunuhan beramai-ramai) dan ia tidak kurang berupa pengkhianatan terhadap hakikat asasi kemanusiaan,” katanya.

Kerajaan Turkistan Timur dalam Pengasingan (ETGE) mengecam penglibatan 49 negara dalam acara yang disifatkannya sebagai tindakan menyokong genosid dan penjajahan berterusan kerajaan China di Turkistan Timur yang diduduki.

Acara dianjurkan Beijing pada 10 April lalu itu dilaporkan laman web rasmi ETGE dihadiri lebih 50 diplomat dan 21 duta, termasuk dari pelbagai negara majoriti (bangsa) Turki dan Islam.

Tindakan itu dilihat bukan sahaja memaparkan kegagalan diplomatik tetapi menurut ETGE memaparkan “krisis moral pada jiwa di tengah-tengah masyarakat antarabangsa”.

Menteri Luar Negeri dan Keselamatan ETGE, Salih Hudayar menyuarakan tindakan pengkhianatan terhadap hak asas kemanusiaan dengan pengesahan dilakukan mereka ini.

“Penyertaan negara-negara ini dalam persembahan yang diatur China adalah pengesahan mengerikan berkenaan sokongan tersirat mereka terhadap genosid (pembunuhan beramai-ramai) dan ia tidak kurang berupa pengkhianatan terhadap hakikat asasi kemanusiaan,” katanya.

“Kami menyeru dunia agar tidak terpengaruh dengan siren keuntungan ekonomi yang dijanjikan rejim yang melakukan kekejaman besar-besaran tanpa dikenakan hukuman. 

“Darah orang yang tidak bersalah tidak seharusnya menjadi mata wang perdagangan antarabangsa,” kata Salih.

ETGE turut menyuarakan kekecewaan terhadap Turkiye dan Kazakhstan atas pujian dan pengukuhan mereka terhadap naratif dikemukakan kerajaan China yang mengalihkan perhatian daripada realiti kejam krisis kemanusiaan di Turkistan Timur. 

Acara dianjurkan Beijing itu dilapor SCMP sebagai inisiatif China mencari sokongan negara asing untuk meningkatkan hubungan ekonomi dasar-dasar di wilayah Xinjiang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *