Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Serangan pengganas Moscow, Remaja Muslim bantu selamatkan lebih 100 orang

Remaja yang membawa lebih 100 individu keluar menuju ke tempat selamat sewaktu serangan keganasan di dewan konsert Moscow Jumaat lalu dipuji sebagai wira.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Islam Khalilov, 15.

Remaja yang membawa lebih 100 individu keluar menuju ke tempat selamat sewaktu serangan keganasan di dewan konsert Moscow Jumaat lalu dipuji sebagai wira.

Islam Khalilov, 15, pekerja sambilan di salah sebuah bilik pakaian di Crocus City, menceritakan peristiwa malam itu kepada Ruptly video agency.

“Saya mula menjerit di seluruh ruang legar, di seluruh Dewan Crocus City- Kawan-kawan, ada tembakan! Semua lari ke ekspo! – dan saya menunjukkan ke mana mereka perlu pergi dan membantu semua orang,” katanya dipetik RT.

Khalilov menjelaskan dirinya sendiri berlari di belakang kumpulan itu untuk memastikan dia tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Dia mengaku “sangat ketakutan” pada ketika itu, tetapi masih berjaya menggunakan arahan diberikan sebelum ini tentang cara memindahkan pengunjung sekiranya berlaku kecemasan.

Ditanya apakah membantunya mengatasi ketakutan, Khalilov berkata “lebih baik mengorbankan diri daripada membiarkan seratus orang mati”.

Tempat konsert terletak di luar Moscow itu sesak menjelang persembahan kumpulan rock Russia, Picnic apabila sekumpulan pengganas bersenjatakan senapang menyerbu masuk bangunan terbabit.

Mereka melepaskan tembakan ke arah pengunjung melarikan diri dan kemudian membakar dewan konsert itu.

Menurut anggaran terkini, serangan itu meragut sekurang-kurangnya 137 nyawa dengan sekitar 180 cedera. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *