Connect with us

Terkini

Tindakan Kelantan gubal semula peruntukan batal, tidak gugat demokrasi atau kestabilan negara seperti dakwaan MCCBCHST – Pakar Perlembagaan

Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk menggubal semula peruntukan jenayah syariah dibatalkan Mahkamah Persekutuan tidak akan menjadi ancaman serius kepada demokrasi dan menggugat kestabilan negara seperti mana didakwa Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), kata pakar perlembagaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan dan undang-undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
  • MCCBCHST sebelum ini dilaporkan menggesa Peguam Negara (AG) campur tangan terhadap langkah Kelantan untuk menggubal semula peruntukan jenayah syariah yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan.
  • Kumpulan itu dilaporkan berkata sebagai pelindung terhadap kepentingan awam, kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, AG harus bertindak kerana penggubalan semula peruntukan itu akan menjadi ancaman serius terhadap demokrasi dan menggugat kestabilan negara.
  • “Saya rasa tiada isu di situ. Pertama apa jua undang-undang dibuat oleh negeri-negeri untuk berkenaan Islam adalah untuk orang Islam, jadi tiada isu ia menggugat demokrasi, bangsa lain atau kaum lain jadi saya rasa ia bukan isu besar,” kata Pakar Perlembagaan dan undang-undang, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata secara teori kerajaan negeri masih boleh membuat undang-undang yang telah diputuskan sebagai tidak sah oleh mahkamah.
  • “Boleh buat undang-undang tapi kalau dah tahu undang-undang itu memang tidak boleh digunakan kerana ia telah bertentangan ataupun bertentangan dengan apa diputuskan mahkamah dalam kes Nik Elin saya rasa ia satu perkara yang buang masa, betul tak?,” katanya.
  • Nik Ahmad Kamal berkata dalam perkara ini, DUN Kelantan sepatutnya menunggu hasil laporan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian berkaitan konflik di antara bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya dalam bidang kuasa jenayah.

KUALA LUMPUR — Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan untuk menggubal semula peruntukan jenayah syariah dibatalkan Mahkamah Persekutuan tidak akan menjadi ancaman serius kepada demokrasi dan menggugat kestabilan negara seperti mana didakwa Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST), kata pakar perlembagaan.

Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata ini kerana apa jua undang-undang berkenaan Islam yang dibuat negeri-negeri adalah untuk orang Islam.

Katanya, tindakan DUN Kelantan itu tidak seharusnya menjadi isu seperti mana didakwa sesetengah pihak.

“Saya rasa tiada isu di situ. Pertama apa jua undang-undang dibuat oleh negeri-negeri untuk berkenaan Islam adalah untuk orang Islam, jadi tiada isu ia menggugat demokrasi, bangsa lain atau kaum lain jadi saya rasa ia bukan isu besar,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

MCCBCHST sebelum ini dilaporkan media tempatan menggesa peguam negara (AG) campur tangan terhadap langkah Kelantan untuk menggubal semula peruntukan jenayah syariah yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan.

Kumpulan itu dilaporkan berkata sebagai pelindung terhadap kepentingan awam, kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, AG harus bertindak kerana penggubalan semula peruntukan itu akan menjadi ancaman serius terhadap demokrasi dan menggugat kestabilan negara.

Ini susulan DUN Kelantan pada awal bulan ini menerima usul untuk menggubal semula 16 perkara dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan mahkamah pada Februari lalu kerana melebihi bidang kuasanya.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata secara teori kerajaan negeri masih boleh membuat undang-undang yang telah diputuskan sebagai tidak sah oleh mahkamah.

Beliau bagaimanapun berkata perkara itu dilihat sebagai membuang masa kerana kelak di saat pelaksanaannya akan berdepan situasi sama sebagaimana berlaku hari ini iaitu akan dipersoalkan di mahkamah dan sekali lagi undang-undang tersebut dibatalkan.

“Maksud saya, boleh buat undang-undang tapi kalau dah tahu undang-undang itu memang tidak boleh digunakan kerana ia telah bertentangan ataupun bertentangan dengan apa yang diputuskan mahkamah dalam kes Nik Elin saya rasa ia satu perkara yang buang masa, betul tak?,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata dalam perkara ini DUN Kelantan sepatutnya menunggu hasil laporan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian berkaitan konflik di antara bidang kuasa Persekutuan dan negeri, khususnya dalam bidang kuasa jenayah.

“Saya rasa jawatankuasa khas ini dalam proses menyiapkan laporan untuk diberi kepada Majlis Raja-Raja melalui MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam) untuk melihat perkara terbaik untuk mengatasi isu konflik antara enakmen negeri dan undang-undang Persekutuan, khususnya dalam bidang kuasa jenayah.

“Jadi saya rasa cara terbaik ialah Kelantan tunggulah fail… Saya rasa tahun ini akan ada laporan dibentang dan diluluskan MKI seterusnya dibentangkan di Majlis Raja-Raja disitulah kita melihat kemelut ini dapat diselesaikan.

“Jadi tunggulah kenapa nak disegerakan isu ini sedangkan ia dalam proses untuk mencapai satu penyelesaian,” katanya. 

Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam pada Februari lalu diberikan tempoh setahun dari tarikh ia ditubuhkan bagi mengemukakan sebarang cadangan kepada MKI sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja untuk diperhalusi dan diperkenankan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya semua pihak, termasuk pakar perundangan, membantu memberikan cadangan berilmiah, bernas dan praktikal bagi memudahkan jawatankuasa khas itu melaksanakan tugas mereka. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *