Antarabangsa
Racun warga Ukraine di sebalik lebih 100 kes bunuh diri UK – BBC
Seorang penduduk Kiev, Leonid Zakutenko didedahkan badan penyiaran Britain (BBC) sebagai pembekal utama racun bunuh diri berikutan siasatan selama dua tahun yang dijalankan ke atasnya, lapor RT.
- Seorang penduduk Kiev, Leonid Zakutenko didedahkan badan penyiaran Britain (BBC) sebagai pembekal utama racun bunuh diri berikutan siasatan selama dua tahun yang dijalankan ke atasnya, lapor RT.
- Warga Ukraine itu dilaporkan aktif dalam platform dalam talian pro-bunuh diri dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 130 kematian di Britain.
- Wartawan menemui kesan pertama kegiatan Zakutenko apabila “pembekal Ukraine” sering disebut forum terkenal mempromosi bunuh diri dalam talian dengan puluhan ribu pengguna dari seluruh dunia.
- Wartawan kemudiannya menjejaki apa yang mereka dakwa sebagai kedai dalam talian, alamat e-mel dan akaun PayPalnya, mengesahkan data berkenaan identitinya.
- Pada Januari 2022, wartawan BBC menghubungi lelaki itu dalam talian, menyamar sebagai bakal pembeli dan mengesahkan dirinya boleh membekalkan bahan kimia yang sering digunakan mereka yang sanggup membunuh diri.
Seorang penduduk Kiev, Leonid Zakutenko didedahkan badan penyiaran Britain (BBC) sebagai pembekal utama racun bunuh diri berikutan siasatan selama dua tahun yang dijalankan ke atasnya, lapor RT.
Warga Ukraine itu dilaporkan aktif dalam platform dalam talian pro-bunuh diri dan dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 130 kematian di Britain.
Wartawan menemui kesan pertama kegiatan Zakutenko apabila “pembekal Ukraine” sering disebut forum terkenal mempromosi bunuh diri dalam talian dengan puluhan ribu pengguna dari seluruh dunia.
Wartawan kemudiannya menjejaki apa yang mereka dakwa sebagai kedai dalam talian, alamat e-mel dan akaun PayPalnya, mengesahkan data berkenaan identitinya.
Pada Januari 2022, wartawan BBC menghubungi lelaki itu dalam talian, menyamar sebagai bakal pembeli dan mengesahkan dirinya boleh membekalkan bahan kimia yang sering digunakan mereka yang sanggup membunuh diri.
Bagaimanapun, apabila peperangan Ukraine dan Russia bermula pada Februari 2022, mereka mengandaikan Zakutenko tidak lagi menjalankan perniagaannya.
Pada Mei 2023, mereka menghubunginya semula apabila seorang pengedar racun ditangkap di Kanada. Ketika itu, Zakutenko dilaporkan berbangga perniagaannya berkembang di tengah-tengah waktu konflik.
Dia menghantar “lima bungkusan seminggu” ke UK sahaja dan kini menawarkan perkhidmatan “ekspres” kepada mereka sanggup membayar lebih.
Wartawan BBC berjaya menjejakinya dengan mengarahkan penghantaran racun dalam talian dan memintasnya dalam perjalanan keluar dari pejabat pos Kiev, menghantar bungkusan dipersetujui dan ditemui bersama dengannya berserta sekurang-kurangnya 14 bungkusan lain ke pelbagai alamat di seluruh dunia.
Ketika berhadapan dengan BBC secara peribadi, Zakutenko menafikan penglibatan dalam sebarang aktiviti penjualan racun, dengan menyebut tuduhan itu satu “penipuan.”
Badan penyiaran itu kemudian memaklumkan pihak berkuasa British dan Ukraine tentang aktiviti dan forum atas talian yang lelaki itu didapati aktif. – The Merdeka Times