Terkini
Mahkamah benarkan permohonan MAINS batalkan saman pemula wanita tukar agama
Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan saman pemula difailkan seorang wanita bagi mengisytiharkan dirinya sebagai bukan beragama Islam.

- Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan saman pemula difailkan seorang wanita bagi mengisytiharkan dirinya sebagai bukan beragama Islam.
- Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas membaca dan meneliti notis permohonan responden kedua (MAINS), afidavit dan hujah bertulis difailkan di mahkamah.
- “Atas pertimbangan, mahkamah memutuskan untuk membenarkan notis permohonan responden kedua,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang yang bermula jam 9.30 pagi tadi.
- Pada 23 Mac 2023, ahli perniagaan berusia 46 tahun itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban dengan menamakan tiga responden iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), MAINS dan kerajaan Malaysia, manakala MAINS membuat permohonan pembatalan pada Jun 2023.
- Peguam mewakili responden pertama, kedua dan ketiga diketuai Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengatakan antara hujah pihaknya adalah jika seseorang beragama Islam mahu memohon keluar Islam perlu memohon di Mahkamah Syariah, bukan di Mahkamah Sivil.
KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membenarkan permohonan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk membatalkan saman pemula difailkan seorang wanita bagi mengisytiharkan dirinya sebagai bukan beragama Islam.
Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas membaca dan meneliti notis permohonan responden kedua (MAINS), afidavit dan hujah bertulis difailkan di mahkamah.
“Atas pertimbangan, mahkamah memutuskan untuk membenarkan notis permohonan responden kedua,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang yang bermula jam 9.30 pagi tadi.
Pada 23 Mac 2023, ahli perniagaan berusia 46 tahun itu memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban dengan menamakan tiga responden iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), MAINS dan kerajaan Malaysia, manakala MAINS membuat permohonan pembatalan pada Jun 2023.
Peguam S Karthigesan yang mewakili pemohon berkata permohonan itu dibuat atas alasan wanita berkenaan dilahirkan sebagai seorang Hindu, manakala ibu bapanya juga beragama Hindu.
“Namun status agamanya ditukar kepada Islam oleh bapanya ketika berusia empat tahun selepas bapanya memeluk Islam.
“Malah dia juga tidak pernah mengucap kalimah syahadah dan tidak pernah mengamalkan ajaran agama itu sepanjang hidupnya,” katanya.
Sementara itu, peguam mewakili responden pertama, kedua dan ketiga diketuai Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mengatakan antara hujah pihaknya adalah jika seseorang beragama Islam mahu memohon keluar Islam perlu memohon di Mahkamah Syariah, bukan di Mahkamah Sivil.
Pasukannya yang turut mewakili JPN dan kerajaan Malaysia memaklumkan permohonan wanita itu adalah supaya pengisytiharan diberikan bahawa dia bukan individu beragama Islam.
“Dia juga memohon kebenaran pengisytiharan diberikan supaya JPN mengubah serta mengemaskini rekod serta maklumat peribadinya kepada agama bukan Islam serta mengubah namanya,” katanya. — The Merdeka Times
