Connect with us

Terkini

Isu sekolah vernakular: “Hentikan intimidasi terhadap Prof Teo Kok Seong” – Presiden WAFIQ

Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) membantah keras kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang menggesa Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok  disiasat polis hanya kerana memberikan pandangan akademik berkenaan sekolah vernakular.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden WAFIQ yang juga Pengerusi Bersama MACSA, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar.
  • Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) membantah keras kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang menggesa Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok  Seong disiasat polis hanya kerana memberikan pandangan akademik berkenaan sekolah vernakular.
  • Presiden WAFIQ yang juga Pengerusi Bersama MACSA, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata ini kerana Kok Seong bercakap berkenaan perkara yang merupakan bidang pengkhususan beliau iaitu mengenai pembinaan dan perpaduan negara serta integrasi.
  • “Jika ahli akademia disekat pandangannya, maka tiada siapa yang berani menyatakan dengan jujur fakta sebenar.
  • “Saya juga mempertahankan The Merdeka Times (TMT) yang membuat temuramah tersebut” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • “Dalam perubatan, diagnosis yang tepat diperlukan untuk rawatan berkesan. Prof Teo Kok Seong memberikan suatu diagnosis dalam masalah integrasi nasional.
  • “Carilah penyelesaiannya. Ianya tidak wajar dinafikan, bahkan diminta dikenakan tindakan siasatan polis pula oleh Teresa Kok terhadap seseorang yang menyatakan fakta sebenar,” kata Dr Rafidah.
  • Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan didakwa berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.
  • Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes, mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya hingga menyebabkan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.
  • Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) membantah keras kenyataan Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang menggesa Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok  Seong disiasat polis hanya kerana memberikan pandangan akademik berkenaan sekolah vernakular.

Presiden WAFIQ yang juga Pengerusi Bersama MACSA, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar juga menuntut sebarang intimidasi  terhadap Kok Seong dihentikan.

Beliau berkata ini kerana Kok Seong bercakap berkenaan perkara yang merupakan bidang pengkhususan beliau iaitu mengenai pembinaan dan perpaduan negara serta integrasi.

Katanya, Kok Seong juga berada di bawah institusi yang mengkaji etnik iaitu Institusi Kajian Etnik, UKM yang dalam pengenalannya mengatakan; satu-satunya institut penyelidikan di Malaysia yang sepenuhnya berfokuskan kajian etnik dan etnisiti.

“Jadi beliau bercakap dari bidang pengkhususan beliau. Jika ahli akademia disekat pandangannya, maka tiada siapa yang berani menyatakan dengan jujur fakta sebenar.

“Saya juga mempertahankan The Merdeka Times (TMT) yang membuat temuramah tersebut. 

“Hakikatnya adakah sekolah vernakular jadi perkara ke 5 tak boleh disentuh selepas Perkara 10(4) Perlembagaan Persekutuan, menyatakan larangan mempersoalkan isu kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kedaulatan raja-raja?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Foto : Tangkap Layar Profile Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong di FB Dr Rafidah

Dr Rafidah berkata rasisme sering dijadikan sebab untuk menakut-nakutkan orang Melayu termasuk beliau bagi meluahkan rasa ketidakselesaan apabila ada sistem pendidikan dan silibus tidak memartabatkan bahasa Melayu, menolak integrasi kebangsaan seperti tulisan Jawi sebagai contoh, juga insiden-insiden tertentu.

Katanya, sebagai contoh WAFIQ sendiri pernah membangkitkan kegusaran kes seorang guru berbangsa Cina dan beragama Islam dipaksa menanggalkan tudungnya oleh Pengetua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Nan Ya), Teluk Sengat, Johor.

“Justeru itu kita menghargai apabila The Merdeka Times dan Br Firdaus Wong meneroka isu ini dengan menemuramah Prof Teo Kok Seong, yang memang pakar dalam bidangnya. 

“Mereka menghilangkan “confounding factor” itu kerana mereka bukan dari bangsa Melayu. Adakah ini juga rasisme?

“Dalam perubatan, diagnosis yang tepat diperlukan untuk rawatan berkesan. Prof Teo Kok Seong memberikan suatu diagnosis dalam masalah integrasi nasional.

” Carilah penyelesaiannya. Ianya tidak wajar dinafikan, bahkan diminta dikenakan tindakan siasatan polis pula oleh Teresa Kok terhadap seseorang yang menyatakan fakta sebenar,” kata Dr Rafidah.

Katanya, situasi sedemikian ibarat seseorang “denial” meminta polis menyiasat doktor yang menyatakan fakta sebenar tentang sel-sel barah sedang menyerang badan.

Pemilik portal media TMT, Firdaus Wong Wai Hung semalam mengesahkan dihubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang meminta memberi kenyataan berhubung laporan artikel dikeluarkannya membabitkan Kok Seong, baru-baru ini.

Firdaus Wong berkata beliau akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pemilik TMT yang melaporkan kenyataan Kok Seong sehinggakan Teresa Kok melabel kenyataan ahli akademik itu sebagai hasutan dan rasis.

Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh pada 4 Mac lalu dilaporkan melabel Kok Seong sebagai rasis dalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan didakwa berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes, mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya hingga menyebabkan mereka enggan berintegrasi dan mempelajari bahasa Melayu.

Kok Seong berkata demikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending