Connect with us

Antarabangsa

Sembilan anak dalam 13 tahun, wanita China mahu 12 anak mewakili zodiak tahun cina

Seorang wanita China melahirkan sembilan anak dalam tempoh 13 tahun dengan berbekalkan motivasi untuk mempunyai 12 anak mewakili 12 haiwan zodiak mengikut kalendar tahun cina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Suami, Zhao Wanlong (kiri) dan isteri,Tian Dongxia (kanan).
  • Seorang wanita China melahirkan sembilan anak dalam tempoh 13 tahun dengan berbekalkan motivasi untuk mempunyai 12 anak mewakili 12 haiwan zodiak mengikut kalendar tahun cina.
  • Sohu melaporkan Tian Dongxia yang berusia 34 tahun itu juga ingin memastikan “genetik unggul” suaminya tidak dibazirkan dengan tidak mempunyai zuriat yang ramai.
  • “Walaupun saya penat, saya juga sangat gembira! Dan genetik suami saya sangat baik, sayang jika kami tidak mempunyai anak lagi!” kata Tian dipetik Sohu.
  • Bertemu suaminya Zhao Wanlong di sekolah menengah, Tian dikatakan berkahwin dengan Zhao, yang tiga tahun lebih tua daripadanya, ketika dirinya berusia 16 tahun.

Seorang wanita China melahirkan sembilan anak dalam tempoh 13 tahun dengan berbekalkan motivasi untuk mempunyai 12 anak mewakili 12 haiwan zodiak mengikut kalendar tahun cina.

Sohu melaporkan Tian Dongxia yang berusia 34 tahun itu juga ingin memastikan “genetik unggul” suaminya tidak dibazirkan dengan tidak mempunyai zuriat yang ramai.

“Walaupun saya penat, saya juga sangat gembira! Dan genetik suami saya sangat baik, sayang jika kami tidak mempunyai anak lagi!” kata Tian dipetik Sohu.

Bertemu suaminya Zhao Wanlong di sekolah menengah, Tian dikatakan berkahwin dengan Zhao, yang tiga tahun lebih tua daripadanya, ketika dirinya berusia 16 tahun.

Kelahiran anak pertama mereka iaitu seorang anak perempuan adalah pada 2010 iaitu pada tahun Harimau dan kemudiannya sepasang anak kembar pada 2012, pada tahun Naga.

Dengan persetujuan suaminya, mereka memutuskan untuk mengembangkan keluarga mereka, membawa kepada kelahiran anak keempat mereka, seorang perempuan.

Dalam tempoh empat tahun seterusnya, Tian melahirkan empat lagi anak, dengan pendedahan ibu kepada sembilan orang anak itu bahawa dirinya sedang mengandung lagi. 

Wang tidak menjadi isu kepada keluarga itu kerana Zhao dilaporkan pengerusi konglomerat China Wanzheng Group, manakala Tian pula pengurus besar dalam syarikat itu.

Keluarga itu juga didakwa tinggal di rumah besar seluas kira-kira 60,000 meter persegi dan mempunyai enam pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka.

Walaupun Tian tidak risau tentang kehidupan seharian anak-anaknya, dia memastikan pembelajaran anak-anaknya diberikan perhatian khusus olehnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *