Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Pihak berkuasa Delhi musnahkan masjid 600 tahun tanpa notis

Pihak Berkuasa Pembangunan Delhi (DDA) dengan diiringi pasukan polis merobohkan masjid berusia 600 tahun di Mehrauli, daerah selatan Delhi, India.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

Pihak Berkuasa Pembangunan Delhi (DDA) dengan diiringi pasukan polis merobohkan masjid berusia 600 tahun di Mehrauli, daerah selatan Delhi, India.

Siasat Daily melaporkan masjid itu dimusnahkan dan serpihan bangunan itu dibuang dengan pantas sebelum jemaah masjid tiba untuk bersolat Subuh pada 30 Januari lalu.

Apabila imam masjid tiba di tapak itu, dia tidak dibenarkan memasukinya, malah telefon bimbitnya dirampas untuk menghalangnya daripada menghubungi sesiapa ketika itu.

Masjid dikenali sebagai Masjid Jinnat Wali atau Dargah Akhundji itu dirobohkan antara 5:30 pagi hingga 6:00 pagi dengan anggota polis bertugas, memasang penghadang untuk menghalang kemasukan jemaah.

Menurut Imam masjid, Zakir Hussain, aktiviti perobohan itu berlaku sebelum azan Subuh dan dia turut mendakwa serpihan bangunan itu segera dikeluarkan untuk menyembunyikan tindakan itu daripada khalayak ramai.

“Saya tidak dibenarkan masuk ke masjid oleh pegawai DDA. Pegawai (terlibat) mengambil telefon saya secara paksa supaya saya tidak dapat menghubungi sesiapa ketika perobohan itu berlaku,” kata Imam Zakir Hussain.

Imam itu mendakwa pegawai DDA juga merobohkan madrasah berhampiran, termasuk pakaian dan makanan 22 pelajar yang mendaftar masuk madrasah itu.

“Nasib baik pelajar-pelajar tidak berada di situ ketika waktu perobohan itu,” katanya.

Insiden itu tersebar pada keesokan harinya menyebabkan komuniti Muslim di situ mengecam perbuatan pelanggaran undang-undang secara terang-terangan oleh DDA.

Komuniti setempat mendakwa mahkamah mengarahkan persempadanan semula tapak keagamaan itu, tetapi DDA bagaimanapun bertindak sesuka hati dengan merobohkan masjid itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *