Connect with us

Terkini

Mufti Pulau Pinang nasihatkan imam hentikan tabiat merokok

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati semua imam untuk menghentikan tabiat merokok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • “Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan yang baik bagi anak jemaah. Jadi, nasihat saya kepada imam, cubalah hentikan tabiat yang tidak baik ini,” kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dipetik Berita Harian hari ini.
  • Beliau berkata berdasarkan pandangan bekas Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh Abdul ‘Aziz Baz sebelum ini, sekiranya seseorang imam itu fasik atau merokok adalah sah bagi mereka yang solat di belakangnya.
  • “Bagaimanapun adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik-baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak),” katanya.
  • Wan Salim diminta mengulas video tular di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa solat seseorang Muslim itu tidak sah sekiranya imam berkenaan merokok.

KUALA LUMPUR — Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menasihati semua imam untuk menghentikan tabiat merokok.

Wan Salim berkata seorang imam perlu menunjukkan imej teladan yang baik kepada kelompok jemaah, justeru tabiat buruk seperti merokok perlu dihentikan.

“Kita mahu menonjolkan imej seorang imam yang boleh dijadikan teladan yang baik bagi anak jemaah. Jadi, nasihat saya kepada imam, cubalah hentikan tabiat yang tidak baik ini,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Beliau berkata berdasarkan pandangan bekas Mufti Arab Saudi, Almarhum Sheikh Abdul ‘Aziz Baz sebelum ini, sekiranya seseorang imam itu fasik atau merokok adalah sah bagi mereka yang solat di belakangnya.

“Bagaimanapun adalah wajib ke atas kerajaan melantik imam daripada kalangan orang baik-baik dan istiqamah (baik ibadah dan akhlak),” katanya.

Wan Salim diminta mengulas video tular di media sosial mengenai seorang individu yang mendakwa solat seseorang Muslim itu tidak sah sekiranya imam berkenaan merokok.

Menerusi video itu, individu berkenaan mendakwa solat imam yang merokok juga tidak sah kerana rokok mempunyai najis, termasuk hemoglobin babi manakala tembakau pula direndam dengan arak supaya tahan lama dan kerana itu seseorang itu tidak layak menjadi imam.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata dakwaan sedemikian sepatutnya perlu disokong dengan bukti berdasarkan kajian.​ — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *