Terkini
Usaha kerajaan tangani pelarian Rohingya lemah – Pakar Undang-undang Antarabangsa
Usaha kerajaan dalam menangani isu pelarian etnik Rohingya di Malaysia ketika ini dilihat lemah, kata Pakar Undang-undang Antarabangsa, Profesor Dr Salawati Mat Basir.
- “(Kerajaan) lemah (tangani isu pelarian Rohingya). Saya dah banyak kali dah letih bercakap. Saya dah kata, mana mekanisme pengawalan pelarian? Setakat mana kita boleh terima pelarian? Berapa jumlah pelarian yang ada?
- “Tak pernah dijawab oleh pihak kerajaan. Berapa menteri Kementerian Dalam Negeri dah. Daripada Hishammuddin, Zahid Hamidi, Hamzah Zainuddin, sekarang Saifuddin Nasution, semua tak berani jawab soalan saya,” kata Pakar Undang-undang Antarabangsa, Profesor Dr Salawati Mat Basir ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
- Salawati berkata antara punca menyukarkan negara ini menangani isu pelarian Rohingya adalah disebabkan sikap rakyat Malaysia sendiri yang malas bekerja lalu memberikan lesen perniagaan kepada kelompok itu.
- “Dan orang-orang ni semua banyak orang politik disampingnya. Orang politik kita ni makan duit. Ini semuanya adalah rentetan itu. Jadi, macam mana kita nak buang dia, sebab orang yang dalam politik, yang dalam kerajaan pun ada link dengan diorang,” kata Salawati.
KUALA LUMPUR – Usaha kerajaan dalam menangani isu pelarian etnik Rohingya di Malaysia ketika ini dilihat lemah, kata Pakar Undang-undang Antarabangsa, Profesor Dr Salawati Mat Basir.
Salawati berkata beliau pernah mengemukakan pelbagai persoalan kepada pihak kerajaan berhubung penyelesaian isu pelarian kelompok minoriti dari Myanmar itu, tetapi tiada jawapan diterima.
“(Kerajaan) lemah (tangani isu pelarian Rohingya). Saya dah banyak kali dah letih bercakap. Saya dah kata, mana mekanisme pengawalan pelarian? Setakat mana kita boleh terima pelarian? Berapa jumlah pelarian yang ada?
“Bagaimana UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian) boleh bekerja dengan kita? Setakat mana? Adakah kita akan terus menerima kemasukan pelarian tanpa had?
“Tak pernah dijawab oleh pihak kerajaan. Berapa menteri Kementerian Dalam Negeri dah. Daripada Hishammuddin, Zahid Hamidi, Hamzah Zainuddin, sekarang Saifuddin Nasution, semua tak berani jawab soalan saya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
Pada 31 Disember lalu, media melaporkan Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak berkata ada perbezaan jelas antara soal kemanusiaan dan kedaulatan negara apabila membicarakan isu pelarian Rohingya yang semakin ramai di negara ini.
Halim Ishak berkata pelarian Rohingya mewujudkan kartel pemerdagangan manusia dalam kalangan rakyat Malaysia dan perlu dihapuskan segera sebelum menjadi lebih parah.
Justeru, usaha menghantar pulang warga Rohingya perlu dilakukan bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan harmoni.
Mengulas lanjut, Salawati berkata antara punca menyukarkan negara ini menangani isu pelarian Rohingya adalah disebabkan sikap rakyat Malaysia sendiri yang malas bekerja lalu memberikan lesen perniagaan kepada kelompok itu.
“Orang kita pemalas, dapat lesen, taknak kerja, bagi dekat Myanmar ni, diorang ni kerja 24 jam, macam babu. Okay takpa sebab diorang dah susah dekat negara diorang, diorang boleh bawa anak diorang dekat pasar semua. Kita tak boleh buat. Jadi okay, kita kata saya nak 3,000, dia (Rohingya) dapat (keuntungan) 30,000 sebulan.
“Dan orang-orang ni semua banyak orang politik disampingnya. Orang politik kita ni makan duit. Ini semuanya adalah rentetan itu. Jadi, macam mana kita nak buang dia, sebab orang yang dalam politik, yang dalam kerajaan pun ada link dengan diorang,” kata Salawati. — The Merdeka Times