Antarabangsa
Tentera Israel curi RM116 juta wang, emas dari Gaza
Tentera rejim penjajah Israel dilaporkan mencuri duit dan emas bernilai kira-kira USD25 juta (RM116 juta) sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.
- Tentera rejim penjajah Israel dilaporkan mencuri duit dan emas bernilai kira-kira USD25 juta (RM116 juta) sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.
- Berdasarkan keterangan penduduk di wilayah konflik itu, anggaran kecurian emas, wang dan artifak berharga oleh rejim zionis berjumlah 90 juta Syekel ($24.5 juta) dalam tempoh 92 hari pencerobohan Israel di Gaza.
- “Pencurian itu dilakukan dengan pelbagai cara, yang pertama adalah di kawasan sempadan, seperti Jalan Salah Al-Din, di mana mereka mencuri daripada penduduk yang berpindah dari bahagian utara Gaza ke selatan, termasuk beg mereka yang mengandungi harta berharga seperti wang, emas dan artifak,” kata Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza yang dipetik agensi berita Anadolu pada Ahad.
Tentera rejim penjajah Israel dilaporkan mencuri duit dan emas bernilai kira-kira USD25 juta (RM116 juta) sejak perang di Gaza pada 7 Oktober lalu.
Berdasarkan keterangan penduduk di wilayah konflik itu, anggaran kecurian emas, wang dan artifak berharga oleh rejim zionis berjumlah 90 juta Syekel ($24.5 juta) dalam tempoh 92 hari pencerobohan Israel di Gaza.
“Pencurian itu dilakukan dengan pelbagai cara, yang pertama adalah di kawasan sempadan, seperti Jalan Salah Al-Din, di mana mereka mencuri daripada penduduk yang berpindah dari bahagian utara Gaza ke selatan, termasuk beg mereka yang mengandungi harta berharga seperti wang, emas dan artifak,” kata Pejabat Media Kerajaan Palestin di Gaza yang dipetik agensi berita Anadolu pada Ahad.
Tentera rejim zionis turut dilaporkan memuat naik gambar dan video mengenai aktiviti jenayah mereka di akaun media sosial masing-masing seperti berlaku di bandar Beit Lahia, utara Gaza.
Pihak rejim Israel bagaimanapun belum memberikan sebarang komen berhubung apa yang berlaku. – The Merdeka Times
Sumber: Agensi Anadolu