Terkini
Senarai hitam majikan, ejen terbabit penipuan kuota pekerja asing – Majlis Peguam
Kerajaan disaran mengambil tindakan tegas dengan membekukan kuota pengambilan pekerja asing dan menyenarai hitam syarikat, majikan dan ejen yang didapati terbabit penipuan kuota berkenaan.
- Kerajaan disaran mengambil tindakan tegas dengan membekukan kuota pengambilan pekerja asing dan menyenarai hitam syarikat, majikan dan ejen yang didapati terbabit penipuan kuota berkenaan.
- Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Malaysia, Datuk Seri M Ramachelvam turut mencadangkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pengarah dan pemegang saham syarikat terbabit.
- Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau menegaskan, langkah itu penting bagi menghukum pihak terlibat dalam segenap peringkat penipuan terbabit.
- “Kuota pekerja asing juga perlu dikaji semula, prosedurnya perlu diperketatkan, termasuk mengadakan kunjungan ke premis yang menjadi tempat operasi syarikat pengambilan pekerja asing untuk memastikan ia sah dan ada pekerjaan disediakan.
- “Keputusan kerajaan ini akan menjadi penghalang kepada majikan untuk memastikan mereka tidak menyalahgunakan kuota untuk kelulusan pekerja asing. Ia juga bagi memastikan majikan tidak menyalahgunakan kuota untuk menyumber luar pekerja asing yang masuk ke negara ini,” katanya dipetik Berita Harian semalam.
KUALA LUMPUR – Kerajaan disaran mengambil tindakan tegas dengan membekukan kuota pengambilan pekerja asing dan menyenarai hitam syarikat, majikan dan ejen yang didapati terbabit penipuan kuota berkenaan.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen Majlis Peguam Malaysia, Datuk Seri M Ramachelvam turut mencadangkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pengarah dan pemegang saham syarikat terbabit.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau menegaskan, langkah itu penting bagi menghukum pihak terlibat dalam segenap peringkat penipuan terbabit.
“Kuota pekerja asing juga perlu dikaji semula, prosedurnya perlu diperketatkan, termasuk mengadakan kunjungan ke premis yang menjadi tempat operasi syarikat pengambilan pekerja asing untuk memastikan ia sah dan ada pekerjaan disediakan.
“Keputusan kerajaan ini akan menjadi penghalang kepada majikan untuk memastikan mereka tidak menyalahgunakan kuota untuk kelulusan pekerja asing. Ia juga bagi memastikan majikan tidak menyalahgunakan kuota untuk menyumber luar pekerja asing yang masuk ke negara ini,” katanya dipetik Berita Harian semalam.
Pada 26 Disember 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mendedahkan terdapat kira-kira 2,500 pekerja asing ditipu syarikat serta ejen pekerjaan berada di Pengerang.
Azalina dilaporkan berkata sudah tiba masanya tindakan tegas diambil dan tidak boleh bertolak ansur dengan pencabulan asasi manusia dalam isu pekerja asing ditipu ejen.
“Kita tidak boleh bertolak ansur dengan pencabulan hak asasi manusia termasuk dalam sektor perniagaan. Sudah tiba masanya untuk mengambil tindakan tegas terhadap perniagaan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Awal bulan ini, BH mendedahkan jumlah pekerja asing ‘menganggur’ atau langsung tidak diupah mana-mana majikan dan bekerja dalam bidang bukan sektor dibenarkan di negara ini, didapati kini menjangkau lebih 500,000 orang.
Meskipun mereka masuk secara sah dan sepatutnya sudah berkhidmat dalam lima sektor dibenarkan kerajaan, ia tidak berlaku, sekali gus memaksa mereka ‘berkeliaran’ dalam koloni pekerja asing di seluruh negara.
Mereka yang ‘menganggur’ ini menjadi antara penyumbang kepada kebanjiran pekerja asing dalam negara yang kini dianggarkan melebihi 2.7 juta sehingga mencetuskan ketidaktenteraman awam dan pelbagai masalah sosioekonomi. —The Merdeka Times