Connect with us

Terkini

Pengarah, penerbit Mentega Terbang dapat kebenaran cabar pengharaman filem

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang meneruskan cabaran mereka berhubung larangan kerajaan terhadap filem kontroversi berkaitan agama itu, lapor Malaysiakini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penerbit, Tan Meng Kheng (kiri) dan Pengarah, Mohd Khairianwar Jailani (kanan).
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang meneruskan cabaran mereka berhubung larangan kerajaan terhadap filem kontroversi berkaitan agama itu, lapor Malaysiakini.
  • Ia susulan mahkamah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh penerbit filem berkenaan.
  • Dengan kebenaran diberikan, Hakim Amarjeet Singh akan menetapkan tarikh berasingan bagi mendengar hujahan lisan mengenai merit semakan kehakiman.
  • Filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi platform penstriman berbayar Viu mengisahkan  remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.
  • Pada tahun lalu, KDN mengharamkan tayangan dan publisiti filem indie itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 dan ditandatangani oleh Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang meneruskan cabaran mereka berhubung larangan kerajaan terhadap filem kontroversi berkaitan agama itu, lapor Malaysiakini.

Ia susulan mahkamah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh penerbit filem berkenaan.

Dengan kebenaran diberikan, Hakim Amarjeet Singh akan menetapkan tarikh berasingan bagi mendengar hujahan lisan mengenai merit semakan kehakiman.

Semasa prosiding hari ini, peguam persekutuan Sallehudin Md Ali membantah permohonan penerbit dan pengarah filem itu, dengan menegaskan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengharamkan filem yang diterbitkan pada tahun 2021 itu tidak boleh dipertikaikan secara undang-undang.

“Kami membantah kerana perintah larangan itu tidak tertakluk kepada semakan kehakiman,” kata peguam kepada kedua-dua responden yang dinamakan iaitu KDN dan kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili penerbit dan pengarah filem itu, Zaid Malek menegaskan bahawa perintah larangan kementerian boleh dipertikaikan di mahkamah dalam keadaan luar biasa.

Amarjeet kemudian memberikan kebenaran dan menetapkan 14 Feb untuk pengurusan kes semakan kehakiman.

Pada tahun lalu, KDN mengharamkan tayangan dan publisiti filem indie itu.

Perintah itu dibuat menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 dan ditandatangani oleh Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi platform penstriman berbayar Viu mengisahkan  remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *