Connect with us

Antarabangsa

Menteri Israel gesa penduduk Palestin tinggalkan Gaza

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menyeru penduduk Palestin di Gaza untuk meninggalkan kawasan yang dikepung bagi memberi laluan kepada warga Israel yang mampu membangunkan wilayah konflik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Menteri Israel gesa penduduk Palestin tinggalkan Gaza
Foto: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich (kanan).
  • Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menyeru penduduk Palestin di Gaza untuk meninggalkan kawasan yang dikepung bagi memberi laluan kepada warga Israel yang mampu membangunkan wilayah konflik itu.
  • Smotrich yang dikecualikan daripada kabinet perang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata demikian kepada Radio Tentera Israel pada Ahad. 
  • “Apa yang perlu dilakukan di Gaza adalah menggalakkan penghijrahan. Sekiranya terdapat 100,000 atau 200,000 orang Arab di Gaza dan bukannya dua juta orang Arab, keseluruhan perbincangan pada hari seterusnya akan berbeza sama sekali,” katanya dipetik Al Jazeera.
  • Smotrich berkata jika 2.3 juta penduduk yang membesar dengan aspirasi untuk memusnahkan Israel tidak lagi berada di sana, Gaza akan dilihat berbeza di Israel. 

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich menyeru penduduk Palestin di Gaza untuk meninggalkan kawasan yang dikepung bagi memberi laluan kepada warga Israel yang mampu membangunkan wilayah konflik itu.

Smotrich yang dikecualikan daripada kabinet perang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata demikian kepada Radio Tentera Israel pada Ahad. 

“Apa yang perlu dilakukan di Gaza adalah menggalakkan penghijrahan.

“Sekiranya terdapat 100,000 atau 200,000 orang Arab di Gaza dan bukannya dua juta orang Arab, keseluruhan perbincangan pada hari seterusnya akan berbeza sama sekali,” katanya dipetik Al Jazeera.

Smotrich berkata jika 2.3 juta penduduk yang membesar dengan aspirasi untuk memusnahkan Israel tidak lagi berada di sana, Gaza akan dilihat berbeza di Israel. 

Sebagai tindak balas, Hamas berkata gesaan Smotrich untuk memindahkan dua juta rakyat Palestin dan mengekalkan kira-kira 200,000 penduduk di Gaza adalah “jenayah perang yang disertai dengan pencerobohan jenayah”. 

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) harus mengambil tindakan untuk menghentikan jenayah Israel dan bertanggungjawab atas apa dilakukannya terhadap rakyat Palestin. 

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapannya pada Ahad menolak sebarang tindakan untuk memaksa rakyat Palestin meninggalkan rumah mereka.

“Kami tidak akan membenarkan perpindahan, sama ada dari Gaza atau Tebing Barat,” kata Mahmoud Abbas. — The Merdeka Times

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *