Terkini
Media perlu bertanggungjawab, tidak layan cerita remeh & isu rekaan politik
Media perlu bertanggungjawab dan tidak melayan cerita remeh-temeh dan isu politik yang berterusan dimainkan dalam media sosial, kata bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Abdul Rashid Yusof.
- Media perlu bertanggungjawab dan tidak melayan cerita remeh-temeh dan isu politik yang berterusan dimainkan dalam media sosial, kata bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Abdul Rashid Yusof.
- Abdul Rashid yang juga pengasas apakhabartv.com berkata, Malaysia mesti membebaskan diri daripada perbincangan hanya berkisar mengenai cerita politik yang direka semata-mata untuk mendapatkan perhatian ramai.
- Katanya, bidang kewartawanan Malaysia perlu dibangkitkan semula yang kini berdepan dengan cabaran media sosial.
- “Kita mesti melepaskan diri daripada (kekangan ini). Sebaliknya, mari kita menerokai cara untuk memotivasikan pelajar memperoleh kemahiran penting dalam bidang kewartawanan, kerana kewartawanan adalah asas untuk menjaga maruah negara,” katanya dipetik Berita Harian pada Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail di Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam.
KUALA LUMPUR – Media perlu bertanggungjawab dan tidak melayan cerita remeh-temeh dan isu politik yang berterusan dimainkan dalam media sosial, kata bekas Pengarang Kumpulan New Straits Times, Abdul Rashid Yusof.
Abdul Rashid yang juga pengasas apakhabartv.com berkata, Malaysia mesti membebaskan diri daripada perbincangan hanya berkisar mengenai cerita politik yang direka semata-mata untuk mendapatkan perhatian ramai.
Katanya, bidang kewartawanan Malaysia perlu dibangkitkan semula yang kini berdepan dengan cabaran media sosial.
“Saya menggesa pihak yang berkenaan supaya memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk mempelajari asas-asas kewartawanan dalam menghadapi cabaran media sosial ini.
“Isu nasional seharusnya melangkaui isu politik dan daya tarikan media baharu yang semakin meningkat.
“Kita mesti melepaskan diri daripada (kekangan ini). Sebaliknya, mari kita menerokai cara untuk memotivasikan pelajar memperoleh kemahiran penting dalam bidang kewartawanan, kerana kewartawanan adalah asas untuk menjaga maruah negara,” katanya dipetik Berita Harian pada Simposium Memperingati Tan Sri A Samad Ismail di Universiti Teknologi MARA (UiTM), semalam.
Peningkatan bilangan ‘cybertroopers’ yang mengambil peranan sebagai seorang wartawan dalam menyampaikan berita memberi kebimbangan kepada Abdul Rashid.
“Menjadi tanggungjawab kita untuk menerokai potensi kumpulan ini dan memurnikannya supaya lebih bertanggungjawab.
“Tentera siber ini cepat belajar tetapi kurang bimbingan dari segi etika (kewartawanan) dan kebertanggungjawaban kepada masyarakat.
“Bayangkan jika kita boleh melatih mereka menjadi individu yang bertanggungjawab, beretika, maka mereka boleh menyumbang secara ikhlas kepada negara,” kata Abdul Rashid. – The Merdeka Times