Connect with us

Terkini

Kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian di luar negara boleh didakwa – Azalina

Warganegara Malaysia melakukan kesalahan terhadap seorang kanak-kanak di luar negara secara dalam talian boleh dianggap sebagai melakukan jenayah di dalam negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian di luar negara boleh didakwa – Azalina
Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Warganegara Malaysia melakukan kesalahan terhadap seorang kanak-kanak di luar negara secara dalam talian boleh dianggap sebagai melakukan jenayah di dalam negara. 
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu termaktub dalam Seksyen 3, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792].
  • Katanya, peruntukan itu membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.
  • “Kerajaan kini sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi meluaskan skop perlindungan undang-undang ini bagi merangkumi situasi di mana kesalahan dilakukan terhadap kanak-kanak Malaysia oleh mana-mana individu di luar Malaysia.
  • “Perkembangan undang-undang ini bertujuan untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada mangsa kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa mengira lokasi geografi pelaku,” katanya dalam kenyataan dipetik Berita Harian, pada Isnin.
  • Pada 29 Mac 2023, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak.

KUALA LUMPUR – Warganegara Malaysia melakukan kesalahan terhadap seorang kanak-kanak di luar negara secara dalam talian boleh dianggap sebagai melakukan jenayah di dalam negara. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata perkara itu termaktub dalam Seksyen 3, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792].

Katanya, peruntukan itu membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.

“Kerajaan kini sedang menjalankan kajian sewajarnya bagi meluaskan skop perlindungan undang-undang ini bagi merangkumi situasi di mana kesalahan dilakukan terhadap kanak-kanak Malaysia oleh mana-mana individu di luar Malaysia.

“Perkembangan undang-undang ini bertujuan untuk memberikan perlindungan yang lebih baik kepada mangsa kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa mengira lokasi geografi pelaku,” katanya dalam kenyataan dipetik Berita Harian, pada Isnin.

Pada 29 Mac 2023, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bertujuan memberikan perlindungan lebih jitu dan menyeluruh kepada kanak-kanak.

Azalina dilaporkan berkata akta itu antaranya untuk menggantikan terminologi pornografi kanak-kanak dengan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dalam Akta 792.

Katanya, pindaan RUU itu turut memasukkan Seksyen baharu iaitu 15A dan 15B (Akta 792) yang memperuntukkan kesalahan berhubung persembahan seksual oleh kanak-kanak dan kesalahan membabitkan pemerasan seksual kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Azalina berkata kerajaan sedang memperkukuhkan kerangka undang-undang sedia ada bagi menangani isu berkaitan eksploitasi seksual kanak-kanak secara dalam talian. 

“Di bawah Akta 792, kesalahan berkaitan dengan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (Child Sexual Abuse Material, CSAM) dalam talian membabitkan enam kategori kesalahan, dengan hukuman dan tempoh pemenjaraan selama lima tahun penjara sehingga 30 tahun serta sebatan,” katanya.

Akta 792 juga memperuntukkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian yang lain termasuk pengantunan kanak-kanak (child grooming), berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak memerhati atau mendengar bahan penganiayaan seksual kanak-kanak. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *