Connect with us

Antarabangsa

Bukan saja manusia, haiwan juga kebuluran di Gaza

Di sebuah zoo di Rafah, di selatan Gaza, berpuluh-puluh rakyat Palestin yang miskin berteduh di antara sangkar monyet, burung kakak tua dan singa kelaparan, tanpa melihat tanda-tanda serangan rejim penjajah zionis Israel akan berakhir di wilayah konflik itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Bukan saja manusia, haiwan juga kebuluran di Gaza
Foto: Haiwan zoo di Rafah di selatan Gaza.
  • Di sebuah zoo di Rafah, di selatan Gaza, berpuluh-puluh rakyat Palestin yang miskin berteduh di antara sangkar monyet, burung kakak tua dan singa kelaparan, tanpa melihat tanda-tanda serangan rejim penjajah zionis Israel akan berakhir di wilayah konflik itu.
  • Al Jazeera melaporkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza dihalau dari rumah mereka kerana serangan berterusan tentera rejim zionis melalui udara, darat dan laut serta pemindahan paksa dan sebahagian besar wilayah itu telah menjadi runtuhan. 
  • Laporan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu memberi amaran bahawa Gaza menghadapi risiko kebuluran dengan seluruh penduduk berdepan tahap krisis kelaparan.

Di sebuah zoo di Rafah, di selatan Gaza, berpuluh-puluh rakyat Palestin yang miskin berteduh di antara sangkar monyet, burung kakak tua dan singa kelaparan, tanpa melihat tanda-tanda serangan rejim penjajah zionis Israel akan berakhir di wilayah konflik itu.

Al Jazeera melaporkan sebahagian besar daripada 2.3 juta penduduk Gaza dihalau dari rumah mereka kerana serangan berterusan tentera rejim zionis melalui udara, darat dan laut serta pemindahan paksa dan sebahagian besar wilayah itu telah menjadi runtuhan. 

Ramai yang melarikan diri ke Rafah, mencari keselamatan di kem yang sesak dan memasang khemah di sudut jalan.

Di zoo persendirian yang diuruskan keluarga Gomaa, sebaris khemah telah didirikan berhampiran sangkar dan cucian digantung di garisan antara pokok palma.

Ramai orang di zoo itu adalah ahli keluarga Gomaa yang tinggal di bahagian yang berlainan di wilayah itu sebelum konflik memusnahkan rumah mereka.

“Terdapat banyak keluarga yang telah musnah sepenuhnya. Kini semua keluarga kami tinggal di zoo ini,” kata Adel Gomaa kepada Al Jazeera.

“Hidup di tengah-tengah haiwan adalah lebih belas kasihan daripada apa yang kita dapat dari pesawat perang di langit”.

Laporan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu memberi amaran bahawa Gaza menghadapi risiko kebuluran dengan seluruh penduduk berdepan tahap krisis kelaparan.

Ramai rakyat Palestin mengatakan mereka tidak makan setiap hari. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *