Connect with us

Antarabangsa

AS, UK serang Yaman

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas Yaman susulan tindakan Houthi menyerang kapal-kapal komersial, khususnya yang ada kaitan dengan rejim Israel, di Laut Merah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS, UK serang Yaman
Foto: Timbalan Menteri Luar Houthi, Hussein al-Ezzi.
  • Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas Yaman susulan tindakan Houthi menyerang kapal-kapal komersial, khususnya yang ada kaitan dengan rejim Israel, di Laut Merah.
  • Situasi itu meningkatkan kebimbangan konflik di rantau itu selepas kumpulan Houthi menyatakan ‘sokongannya’ kepada Palestin dengan mengganggu ‘laluan’ kapal-kapal dagang yang ada kaitan dengan zionis Israel.
  • Media AS juga melaporkan pada Khamis bahawa saksi melihat serangan udara di bandar Yaman membabitkan jet pejuang dan peluru berpandu Tomahawk.
  • Presiden AS, Joe Biden pada hari sama memberi amaran bahawa beliau “tidak akan teragak-agak” mengambil tindakan lanjut ekoran tindakan kumpulan Houthi itu.
  • Biden juga dilaporkan berkata serangan negara kuasa besar itu ke atas Yaman adalah susulan serangan “belum pernah dilihat sebelum ini” oleh Houthi terhadap kapal-kapal komersial di Laut Merah.
  • Al Mayadeen melaporkan Timbalan Menteri Luar Houthi, Hussein al-Ezzi memberi amaran tindak balas keras terhadap tindakan AS dan UK kerana menjadikan Yaman sebagai sasaran.
  • “Negara kita telah mengalami serangan agresif besar-besaran kapal-kapal, kapal selam dan jet pejuang Amerika dan British, dan mereka perlu bersedia membayar harga yang tinggi dan menanggung semua akibat buruk pencerobohan yang nyata ini,” katanya

Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas Yaman susulan tindakan Houthi menyerang kapal-kapal komersial, khususnya yang ada kaitan dengan rejim Israel, di Laut Merah.

Situasi itu meningkatkan kebimbangan konflik di rantau itu selepas kumpulan Houthi menyatakan ‘sokongannya’ kepada Palestin dengan mengganggu ‘laluan’ kapal-kapal dagang yang ada kaitan dengan zionis Israel.

Media AS juga melaporkan pada Khamis bahawa saksi melihat serangan udara di bandar Yaman membabitkan jet pejuang dan peluru berpandu Tomahawk.

Presiden AS, Joe Biden pada hari sama memberi amaran bahawa beliau “tidak akan teragak-agak” mengambil tindakan lanjut ekoran tindakan kumpulan Houthi itu.

Biden juga dilaporkan berkata serangan negara kuasa besar itu ke atas Yaman adalah susulan serangan “belum pernah dilihat sebelum ini” oleh Houthi terhadap kapal-kapal komersial di Laut Merah.

Al Mayadeen melaporkan Timbalan Menteri Luar Houthi, Hussein al-Ezzi memberi amaran tindak balas keras terhadap tindakan AS dan UK kerana menjadikan Yaman sebagai sasaran.

“Negara kita telah mengalami serangan agresif besar-besaran kapal-kapal, kapal selam dan jet pejuang Amerika dan British, dan mereka perlu bersedia membayar harga yang tinggi dan menanggung semua akibat buruk pencerobohan yang nyata ini,” katanya.

Menulis di X, Ahli Biro Politik Houthi, Ahli Biro Politik Houthi berkata kumpulan itu “telah bersedia sepenuhnya untuk melawan sebarang pertempuran atau konfrontasi” dengan AS dan UK.

Media antarabangsa melaporkan pejuang Houthi di Yaman selama berbulan-bulan melancarkan dron dan peluru berpandu ke atas kapal-kapal di Laut Merah yang ada kaitan dengan Israel.

Tindakan itu sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di tengah-tengah genosid tentera rejim zionis Israel ke atas wilayah konflik Gaza, Palestin. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *