Connect with us

Terkini

Arun Dorasamy bankrap dan pembohong – Peguam Loh Siew Hong

Seorang peguam, Shamsher Singh Thind mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang disifatkan sebagai pembohong dan bankrap.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Arun Dorasamy bankrap dan pembohong – Peguam Loh Siew Hong
Foto: Peguam, Shamsher Singh Thind (kiri) & Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy (kanan).
  • Seorang peguam, Shamsher Singh Thind mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang disifatkan sebagai pembohong dan bankrap.
  • Peguam kes pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) yang mewakili Loh Siew Hong itu memuatnaik di laman sosial tangkap layar Whatsapp Arun kepada Siew Hong menyarankan supaya barisan peguamnya (ketika kes di peringkat mahkamah tinggi) digantikan.
  • “Arun Dorasamy seorang yang bankrap. Dia bukan seorang peguam dan saya juga tidak pasti jika dia seorang graduan lulusan undang-undang.
  • “Dia juga bukan pemegang jawatan di Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia, dan setahu saya, Pusat Khidmat Hindu adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Rabu.
  • Shamsher mempertikaikan tindakan Arun yang dilihat seolah-olah menjanjikan kemenangan dengan mengatakan tindakan sebaliknya (tidak melantik barisan peguam baru) berpotensi menjejaskan keputusan bersejarah Indra Gandhi di Mahkamah Persekutuan.
  • Shamser antara empat peguam mewakili  Loh Siew Hong di Mahkamah Tinggi sebelum ini.
  • Mahkamah Rayuan pada Rabu memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa kebenaran bekas isterinya, Loh Siew Hong  tidak sah dan terbatal, sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

KUALA LUMPUR – Seorang peguam, Shamsher Singh Thind mempersoalkan kredibiliti Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy yang disifatkan sebagai pembohong dan bankrap.

Peguam kes pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) yang mewakili Loh Siew Hong itu memuat naik di laman sosial tangkap layar Whatsapp Arun kepada Siew Hong menyarankan supaya barisan peguamnya (ketika kes di peringkat mahkamah tinggi) digantikan.

Foto: tangkap layar Whatsapp Arun kepada Siew Hong.

“Arun Dorasamy seorang yang bankrap. Dia bukan seorang peguam dan saya juga tidak pasti jika dia seorang graduan lulusan undang-undang.

“Dia juga bukan pemegang jawatan di Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia, dan setahu saya, Pusat Khidmat Hindu adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Foto: Tangkap layar kenyataan Shamsher Singh Thind di Facebook.

Shamsher turut menjawab dan menafikan tuduhan-tuduhan lain Arun yang menurutnya penuh penipuan.

“Dia tidak memberitahu kami untuk menahan permohonan semakan kehakiman Loh sementara menunggu pelupusan mana-mana kesnya (seperti didakwa), dan kami tidak pernah bersetuju untuk berbuat demikian.

“Itu adalah pembohongan yang jelas. Dalam apa jua keadaan, permohonan semakan kehakiman dikawal dengan ketat,” katanya.

“Saya tidak terkejut bahawa seorang bankrap, seorang yang tidak layak dari segi undang-undang, tidak mempunyai pengetahuan berkenaan bidang undang-undang khusus (bertindak) begini,” katanya.

Shamsher mempertikaikan tindakan Arun yang seolah-olah menjanjikan kemenangan dengan mengatakan tindakan sebaliknya (tidak melantik barisan peguam baru) berpotensi menjejaskan keputusan bersejarah Indra Gandhi di Mahkamah Persekutuan.

Shamser antara empat peguam mewakili  Loh Siew Hong di Mahkamah Tinggi sebelum ini.

“Peguam, seperti mana doktor, berjanji untuk menjalankan tugas mereka secara profesional. Itu sahaja. Tiada hasil yang boleh dijamin. 

“Jika seseorang entah bagaimana memberi anda jaminan terhadap sesuatu perkara yang dipertikaikan, percayalah, dia adalah seorang pembohong,” katanya.

Mahkamah Rayuan pada Rabu memutuskan pengislaman tiga kanak-kanak yang dibuat secara unilateral (sebelah pihak) oleh bapa mereka, M. Nagahswaran atau nama Islamnya, Muhammad Nagahswaran Muniandy tanpa kebenaran bekas isterinya, Loh Siew Hong  tidak sah dan terbatal, sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Justeru, agama tiga kanak-kanak itu yang mana bagi pasangan kembar yang kini berusia 16 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun kekal sebagai Hindu. 

Setakat artikel ini ditulis, The Merdeka Times cuba menghubungi Arun untuk mendapatkan maklum balas beliau berhubung dakwaan ini. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *