Antarabangsa
Ahli politik Israel percaya zionis bakal ambil alih Makkah dan Madinah
Penulis dan ahli politik Israel, Avi Lipkin percaya rejim zionis Israel akan mengambil alih dua tanah suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah suatu hari nanti.
Penulis dan ahli politik Israel, Avi Lipkin percaya rejim zionis Israel akan mengambil alih dua tanah suci umat Islam iaitu Makkah dan Madinah suatu hari nanti.
Kenyataan Lipkin itu ditemui dalam video tular yang tidak dapat dipastikan tarikhnya, menjelaskan aspirasi zionis yang akan terus berkembang, melangkau beberapa sempadan negara, termasuk Arab Saudi dan Iraq.
“Akhirnya, sempadan kita akan meluas dari Lubnan-Gurun Luas, iaitu Arab Saudi. Dan kemudian dari Mediterranean ke Sungai Furat.
“Dan siapa yang berada di sebelah lain di sungai Furat? Kurds! dan Kurds adalah kawan (kita),” katanya.
Penulis buku “Return to Mecca” itu turut menegaskan kebergantungan Lubnan terhadap Israel sebelum menyebut bahawa dua tanah suci bagi umat Islam iaitu Makkah dan Madinah dipercayainya turut akan ditakluki.
“Jadi kami mempunyai Mediterranean di belakang kami, Kurds di hadapan kami, (dan juga) Lubnan yang benar-benar memerlukan payung perlindungan Israel.
“Dan kemudiannya kita akan mengambil, saya percaya kita akan mengambil Makkah, Madinah dan Gunung Sinai, sucikan tempat itu,” katanya. – The Merdeka Times