Terkini
(VIDEO) Kristian anti-semitisme pencetus awal negara haram Israel
Pembentukan negara Yahudi pada asalnya merupakan inisiatif mubaligh Kristian yang membenci golongan Yahudi (anti-semitisme), kata sejarawan Israel, Ilan Pape.
Pembentukan negara Yahudi pada asalnya merupakan inisiatif mubaligh Kristian yang membenci golongan Yahudi (anti-semitisme), kata sejarawan Israel, Ilan Pape.
Perkara itu disebut Pape dalam temu bual bersama Majority Report dimuat naik di Instagram pada 30 Oktober lalu, memaklumkan ia berlaku sebelum kumpulan pemikir Yahudi datang dengan idea untuk mewujudkan negara tersebut.
“Zionisme bermula sebagai projek mubaligh Kristian, lama sebelum (golongan) intelektual Yahudi mencadangkan idea untuk mewujudkan negara Yahudi di Palestin dan motivasinya adalah anti-semitisme.
“Dalam visi mubaligh Kristian, Akhir Zaman tidak akan berlaku, (insiden) kebangkitan dari kematian, kembalinya Al-Masih, tanpa kembalinya orang Yahudi ke Palestin.
“Tetapi (idea ini kemudiannya) mencipta alasan yang baik untuk menggalakkan idea bahawa orang Yahudi tidak sepatutnya tinggal sama ada di Amerika Syarikat (AS) atau di Eropah,” kata Pape.
Pape juga berkata individu utama di sebalik pengumuman penciptaan negara haram itu juga seorang anti-semitisme sebelum beliau mula menjalinkan hubungan dengan gerakan zionis.
“Lord Balfour yang berada di sebalik Deklarasi Balfour seorang anti-semitisme yang sangat terkenal, kebimbangan terbesarnya ialah anti-Semitisme di Russia akan mendorong ratusan ribu orang Yahudi (Russia) ke Britain jadi dia menggubal undang-undang pada 1906, Akta Orang Asing di Parlimen British yang secara khusus bertujuan untuk tidak membenarkan pelarian dari Rusia datang ke Britain.
“Tidak menghairankan apabila dia memulakan hubungannya dengan gerakan zionis, dia melihat penyelesaian yang lebih baik daripada menggunakan kekerasan (bagi) menghalang orang Yahudi dari Eropah Timur untuk datang ke Britain, adalah lebih baik untuk menghalakan mereka ke Palestin,” kata Pape dalam temu bual itu. –The Merdeka Times