Connect with us

Antarabangsa

Turkiye tolak wujud ‘zon penampan’ di Gaza selepas perang – Erdogan

Turkiye menolak rancangan untuk mewujudkan zon penampan di Gaza selepas pertempuran di kawasan itu berakhir.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
  • Turkiye tolak rancangan mewujudkan zon penampan di Gaza selepas pertempuran di kawasan itu berakhir.
  • Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata rancangan itu “tidak menghormati” rakyat Palestin.
  • Reuters melaporkan minggu lalu bahawa Israel menyampaikan rancangan untuk zon penampan kepada beberapa negara Arab dan Turkiye.
  • Bercakap kepada pemberita dalam penerbangan pulang dari Qatar, Erdogan berkata masa depan Gaza selepas perang ditentukan oleh rakyat Palestin dan Israel mesti pulangkan wilayah yang didudukinya.

ANKARA: Turkiye menolak rancangan untuk mewujudkan zon penampan di Gaza selepas pertempuran di kawasan itu berakhir.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata rancangan itu “tidak menghormati” rakyat Palestin.

Reuters melaporkan minggu lalu bahawa Israel menyampaikan rancangan untuk zon penampan kepada beberapa negara Arab dan Turkiye.

Bercakap kepada pemberita dalam penerbangan pulang dari Qatar, Erdogan berkata masa depan Gaza selepas perang akan ditentukan oleh rakyat Palestin dan Israel mesti memulangkan wilayah yang didudukinya.

Beliau juga berkata, sokongan Barat terhadap Israel, iaitu dari Amerika Syarikat (AS) menyebabkan berlakunya keadaan semasa di rantau itu.

Beliau memberi amaran kepada Israel supaya tidak memburu anggota Hamas di Turkiye, dengan mengatakan Israel akan membayar harga yang sangat mahal terhadap tindakan itu. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *