Antarabangsa
Tapis kandungan pro-Palestin di Meta, Senator AS tuntut penjelasan Zuckerberg
Senator Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Warren dalam sepucuk surat semalam menuntut penjelasan Mark Zuckerberg berhubung dakwaan tapisan kandungan pro-Palestin di platform Meta.
- Senator Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Warren dalam sepucuk surat semalam menuntut penjelasan Mark Zuckerberg berhubung dakwaan tapisan kandungan pro-Palestin di platform Meta.
- Warren memetik kenyataan ditandatangani lebih 90 badan hak asasi manusia dan sivil serta beberapa laporan media yang menyuarakan kebimbangan mengenai isu tapisan, penarikan dan kesilapan terjemahan kandungan pro-Palestin sejak konflik terkini di Palestin, Oktober lalu.
- “Di tengah-tengah situasi serangan Hamas terhadap Israel, bencana kemanusiaan termasuk kematian ribuan orang awam di Gaza, pembunuhan puluhan wartawan, adalah penting buat semua media untuk tidak menapis kandungan yang benar dan sah.
- “Lebih- lebih lagi orang ramai di seluruh dunia bergantung kepada komuniti dalam talian untuk berkongsi dan mencari maklumat mengenai perkembangan di rantau itu,” kata Warren dalam surat itu yang dipetik The Guardian pada Khamis.
- Ratusan pengguna Instagram melaporkan mengenai hantaran mereka berkaitan Palestin disekat dengan sedikit penjelasan, sementara terdapat sebahagian akaun yang digantung.
AMERIKA SYARIKAT – Senator Amerika Syarikat (AS), Elizabeth Warren dalam sepucuk surat semalam menuntut penjelasan Mark Zuckerberg berhubung dakwaan tapisan kandungan pro-Palestin di platform Meta.
Warren memetik kenyataan ditandatangani lebih 90 badan hak asasi manusia dan sivil serta laporan media yang menyuarakan kebimbangan mengenai isu tapisan, penarikan dan kesilapan terjemahan kandungan pro-Palestin sejak konflik terkini di Palestin, Oktober lalu.
“Di tengah-tengah situasi serangan Hamas terhadap Israel, bencana kemanusiaan termasuk kematian ribuan orang awam di Gaza, pembunuhan puluhan wartawan, adalah penting buat semua media untuk tidak menapis kandungan yang benar dan sah.
“Lebih- lebih lagi orang ramai di seluruh dunia bergantung kepada komuniti dalam talian untuk berkongsi dan mencari maklumat mengenai perkembangan di rantau itu,” kata Warren dalam surat itu yang dipetik The Guardian pada Khamis.
Warren turut menyuarakan tentang isu lain seperti penambahan perkataan ‘pengganas’ secara tidak sengaja oleh Instagram ke dalam profil akaun pengguna Palestin.
Ratusan pengguna Instagram melaporkan mengenai hantaran mereka berkaitan Palestin disekat dengan sedikit penjelasan, sementara terdapat sebahagian akaun yang digantung.
Setakat ini, Meta bagaimanapun belum memberikan sebarang respons terhadap perkara itu.
Sumber: The Guardian