Terkini
Serang kapal Israel: Houthi beri amaran sasar medan minyak, gas Arab Saudi dan UAE
Kumpulan Houthi memberi amaran akan menyasarkan medan minyak dan gas milik Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekiranya kedua-dua negara Teluk itu mengancam Yaman.
- Kumpulan Houthi memberi amaran akan menyasarkan medan minyak dan gas milik Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekiranya kedua-dua negara Teluk itu mengancam Yaman.
- Amaran keras itu dinyatakan pemimpin Yaman-Houthi, Mohammed Al-Bukhaiti semasa wawancara dengan France 24 TV pada 5 Disember lalu.
- Reaksi itu menyusul selepas ura-ura Arab Saudi dan UAE akan mengambil tindakan ke atas Yaman selepas Houthi menyerang kapal-kapal Israel di laluan maritim berdekatan.
KUALA LUMPUR – Kumpulan Houthi memberi amaran akan menyasarkan medan minyak dan gas milik Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sekiranya kedua-dua negara Teluk itu mengancam Yaman.
Amaran keras itu dinyatakan pemimpin Yaman-Houthi, Mohammed Al-Bukhaiti semasa wawancara dengan France 24 TV pada 5 Disember lalu.
Reaksi itu menyusul selepas ura-ura Arab Saudi dan UAE akan mengambil tindakan ke atas Yaman selepas Houthi menyerang kapal-kapal Israel di laluan maritim berdekatan.
“Saya akan memberitahu anda terus terang bahawa kami akan menyasarkan setiap medan minyak atau gas di Arab Saudi dan UAE serta kami akan menyerang semua kapal yang mengangkut minyak,” katanya.
Beliau menekankan kesan buruk akibat reaksi Houthi, termasuk gangguan ke atas laluan maritim dengan menyasarkan kapal-kapal melalui Selat Bab el-Mandeb, ketika musim sejuk mula melanda negara Barat. – The Merdeka Times