Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Piers Morgan mengelak sifatkan rejim zionis Israel sebagai “pengganas”

Pengasas bersama Inisiatif Debat Muslim mempersoalkan adakah wajar Piers Morgan dibenarkan bercakap secara terbuka kepada awam selepas pengacara itu tidak menyifatkan kekejaman di Gaza sebagai satu tindakan “keganasan.”

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Hos TV Britain, Piers Morgan (kiri) dan Pengasas bersama Inisiatif Debat Muslim, Abdullah Al Andalusi (kanan).

KUALA LUMPUR – Pengasas bersama Inisiatif Debat Muslim mempersoalkan adakah wajar Piers Morgan dibenarkan bercakap secara terbuka kepada awam selepas pengacara itu tidak menyifatkan kekejaman di Gaza sebagai satu tindakan “keganasan.”

Persoalan itu dibangkitkan Abdullah Al Andalusi yang menyatakan penindasan di Gaza  hampir menyamai kekejaman Jerman terhadap penduduk London dalam insiden ‘The Blitz’ suatu masa dahulu.

Lebih parah, rejim Israel menggunakan bom bersasaran tepat yang jauh lebih canggih berbanding apa yang Jerman gunakan ke atas penduduk kota London pada ketika itu.

“(Nampaknya) kamu tetap kata bahawa Israel bukan organisasi pengganas, saya rasa soalan yang patut diajukan adalah; adakah kamu yang perlu digantung?

“Adakah ia sesuatu yang bertanggungjawab adanya individu dengan pendapat seperti kamu (dibiarkan) bercakap kepada masyarakat awam bila kamu dengan jelas nafi untuk mengutuk apa yang sepatutnya dikutuk.

“(Khususnya sesuatu) yang lebih buruk dari London “Blitz”, (bila Israel) menggunakan senjata bersasaran tepat (pada hari ini) walhal Jerman dulu (kurang canggihnya dan) tiada senjata bersasaran tepat (digunakan)?,” soal Abdullah dalam program Piers Morgan Uncensored yang disiarkan di Youtube.

Piers turut dilihat mengelak dari menjelaskan Abdullah soalan-soalan diberikan kepadanya kerana mengelak dari menjelaskan definisi persoalan yang diajukan.

Pendirian Piers itu dilihat seolah-olah usaha normalisasi eksklusif untuk tidak melabel rejim zionis sebagai pengganas, biarpun pembunuhan beramai-ramai dicetuskan rejim itu hampir mencecah 20,000 nyawa penduduk wilayah konflik itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *