Connect with us

Terkini

Perdana Menteri bukan Melayu tetapi beragama Islam lebih mudah diterima – Pakar Perlembagaan

Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu tetapi beragama Islam mungkin lebih mudah diterima rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan berbangsa Melayu, kata Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Dr Muhammad Fathi Yusof.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Perdana Menteri bukan Melayu tetapi beragama Islam lebih mudah diterima- Pakar Perlembagaan
Foto: Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  Dr Muhammad Fathi Yusof.
  • Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu tetapi beragama Islam mungkin lebih mudah diterima rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan berbangsa Melayu, kata Dr Muhammad Fathi Yusof.
  • Muhammad Fathi yang juga Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata ia kerana meskipun memiliki perbezaan dari segi bangsa namun persamaan anutan itu memberi sedikit kepercayaan orang Melayu untuk memilih pemimpin yang mempunyai latar belakang berbeza.
  • “Bila timbul persoalan adakah bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri, ia bukan sahaja persoalan dari sudut perlembagaan tetapi juga persoalan mengenai realiti masyarakat di negara.
  • “Apabila Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, tentunya aspek majoriti rakyat di negara ini iaitu masyarakat Islam merupakan faktor penting untuk dipertimbangkan.
  • “Dari sudut majoriti kerusi kita dapat lihat majoriti kerusi Parlimen terdiri daripada kawasan majoriti Melayu Islam, berdasarkan realiti agak sukar membayangkan Perdana Menteri bukan Islam menerima kepercayaan,” katanya kepada The Merdeka Times pada Khamis.

KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu tetapi beragama Islam mungkin lebih mudah diterima rakyat Malaysia khususnya dalam kalangan berbangsa Melayu, kata Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof.

Dr Fathi berkata ia kerana meskipun memiliki perbezaan daripada segi bangsa namun persamaan anutan agama memberi sedikit kepercayaan orang Melayu untuk memilih pemimpin walaupun latar belakang berbeza.

Bagaimanapun Dr Fathi berpandangan terdapat beberapa faktor yang tidak memungkinkan  pelantikan Perdana Menteri dalam kalangan bukan Melayu berlaku meskipun tiada undang-undang menghalang tindakan tersebut.

Antara dua faktor tersebut ialah demografi dan kuasa Parlimen di negara ini.

“Bila timbul persoalan adakah bukan Melayu boleh jadi Perdana Menteri, ia bukan sahaja persoalan dari sudut perlembagaan tetapi juga persoalan mengenai realiti  masyarakat di negara.

“Apabila Yang Dipertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, tentunya aspek majoriti rakyat di negara ini iaitu masyarakat Islam merupakan faktor penting untuk dipertimbangkan.

“Dari sudut majoriti kerusi kita dapat lihat majoriti kerusi Parlimen terdiri daripada kawasan majoriti Melayu Islam, berdasarkan realiti agak sukar membayangkan Perdana Menteri bukan Islam menerima kepercayaan,” katanya kepada The Merdeka Times pada Khamis.

Baru-baru ini, veteran DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan di media sosialnya mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat mana-mana orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri.

Beliau juga berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang memegang jawatan berkenaan.

Kenyataannya itu disambut dengan respons negatif Bekas Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara (AGC), Liyana Marzuki yang turut mengingatkan untuk ‘jangan menambah minyak kepada api yang menyala’.

Dalam pada itu, Muhammad Fathi menambah bahawa persoalan paling penting mengenai jawatan Perdana Menteri tersebut adalah mengenai tanggungjawab dan kelayakan untuk memimpin dengan adil.

“Orang-orang Islam di negara ini tidak kurang memiliki kemampuan itu, bahkan mempunyai kewibawaan untuk menduduki jawatan tersebut,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *