Antarabangsa
Peninju profesional AS, Gervonta Davis peluk Islam pada malam Krismas
Peninju profesional Amerika Syarikat (AS), Gervonta Davis memeluk Islam pada malam Krismas yang lalu.
- Peninju profesional Amerika Syarikat (AS), Gervonta Davis memeluk Islam pada malam Krismas yang lalu.
- Beliau dilaporkan mengambil nama Abdul Wahid yang bermaksud “Hamba kepada yang Satu.”
- Keputusan itu menandakan bermulanya langkah penting dalam kehidupan peribadi beliau menjalankan tuntutan agamanya sebagai seorang Muslim.
- Penyaksian syahadah Abdul Wahid yang berlangsung di Masjid Hidayah bersama Imam Hassan Somali dan Raha Batts dikongsikan Mutah Beale di platform X.
Peninju profesional Amerika Syarikat (AS), Gervonta Davis memeluk Islam pada malam Krismas yang lalu.
Beliau dilaporkan mengambil nama Abdul Wahid yang bermaksud “Hamba kepada yang Satu.”
Keputusan itu menandakan bermulanya langkah penting dalam kehidupan peribadi beliau menjalankan tuntutan agamanya sebagai seorang Muslim.
Penyaksian syahadah Abdul Wahid yang berlangsung di Masjid Hidayah bersama Imam Hassan Somali dan Raha Batts dikongsikan Mutah Beale di platform X.
Breaking News: Gervonta Davis @gervontaa chose the Muslim name Abdul Wahid (the slave of The One) today at Masjid Hidayah with Imam Hassan Somali and Raha Batts. May Allah preserve them all pic.twitter.com/VUmpUwRO6g
— Mutah Beale مطاع بيل (@MutahNapoleon) December 28, 2023
Abdul Wahid dilaporkan bersaing dalam pelbagai kategori/kelas tinju, memegang gelaran dalam gelaran regular WBA (Persatuan Tinju Sedunia) dalam kelas light middleweight dan lightweight.
Walaupun menghadapi isu undang-undang baru-baru ini, termasuk penahanan sementara di penjara, beliau terus mencipta nama dalam dunia tinju dengan kemenangan terbaru ke atas Ryan Garcia pada April 2023. – The Merdeka Times