Connect with us

Antarabangsa

Pakai simbol Palestin, Sekolah di London beri amaran kepada ibu bapa pelajar

Sebuah sekolah rendah di London, United Kingdom memberi amaran kepada ibu bapa murid yang memakai bendera dan stiker sokongan kepada Palestin, semasa hari tanpa pakaian seragam mengumpul dana Kempen ‘Children in Need BBC’, bahawa mereka berisiko dirujuk kepada program pencegahan keganasan kerajaan, Prevent.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pakai simbol Palestin, Sekolah di London beri amaran kepada ibu bapa pelajar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah sekolah rendah di London, United Kingdom memberi amaran kepada ibu bapa murid yang memakai bendera dan stiker sokongan kepada Palestin, semasa hari tanpa pakaian seragam mengumpul dana Kempen ‘Children in Need BBC’, bahawa mereka berisiko dirujuk kepada program pencegahan keganasan kerajaan, Prevent.
  • Menerusi surat dikeluarkan Barclay Primary School di Leyton, pemakaian lencana, perhiasan atau stiker bercorak warna bendera Palestin dianggap menunjukkan sokongan terhadap kepercayaan politik yang boleh dilihat sebagai ofensif”.
  • Difahamkan surat itu dihantar kepada keluarga kepada beberapa kanak-kanak yang memakai simbol Palestin, termasuk kanak-kanak lapan tahun yang memakai bendera Palestin pada tepi jaketnya.
  • “Ia tidak seharusnya dibawa ke sekolah atau dibincangkan oleh keluarga di kumpulan Whatsapp yang boleh membawa kepada salah erti seperti menyinggung atau memecahbelahkan dan dalam kes lain merupakan ekstremis,” kata surat itu dipetik Middle East Eye pada Khamis lalu.
  • Ibu bapa murid terbabit menyifatkan tindakan sekolah itu sebagai pencabulan terhadap kebebasan bersuara dan ketidakkonsistenan dalam konflik global.
  • “Daripada mengharapkan penyelesaian aman di Ukraine ‘dan semua konflik lain di dunia’ sebagaimana pada Mac 2022, anda seolah-olah berusaha merampas hak kanak-kanak untuk kebebasan bersuara sehingga menyimpulkan bahawa memakai warna merah dan hijau boleh membawa kepada peningkatan  pasukan jenayah kebencian,” kata ibu bapa pelajar berkenaan.

Sebuah sekolah rendah di London, United Kingdom memberi amaran kepada ibu bapa murid yang memakai bendera dan stiker sokongan kepada Palestin, semasa hari tanpa pakaian seragam mengumpul dana Kempen ‘Children in Need BBC’, bahawa mereka berisiko dirujuk kepada program pencegahan keganasan kerajaan, Prevent.

Menerusi surat dikeluarkan Barclay Primary School di Leyton, pemakaian lencana, perhiasan atau stiker bercorak warna bendera Palestin dianggap menunjukkan sokongan terhadap kepercayaan politik yang boleh dilihat sebagai ofensif”.

Pihak sekolah itu berkata ia boleh mendatangkan salah faham yang boleh menyinggung atau memecahbelahkan.

Difahamkan surat itu dihantar kepada keluarga kepada beberapa kanak-kanak yang memakai simbol Palestin, termasuk kanak-kanak lapan tahun yang memakai bendera Palestin pada tepi jaketnya.

“Ia tidak seharusnya dibawa ke sekolah atau dibincangkan oleh keluarga di kumpulan Whatsapp yang boleh membawa kepada salah erti seperti menyinggung atau memecahbelahkan dan dalam kes lain merupakan ekstremis,” kata surat itu dipetik Middle East Eye pada Khamis lalu.

Ibu bapa murid terbabit menyifatkan tindakan sekolah itu sebagai pencabulan terhadap kebebasan bersuara dan ketidakkonsistenan dalam konflik global.

“Sebagai ibu bapa dan penjaga, kami mendapati sangat sukar untuk membaca surat anda pada 17 November jika dibandingkan dengan surat anda pada 4 Mac 2022 berkenaan dengan pencerobohan Rusia ke Ukraine.

“Daripada mengharapkan penyelesaian aman di Ukraine ‘dan semua konflik lain di dunia’ sebagaimana pada Mac 2022, anda seolah-olah berusaha merampas hak kanak-kanak untuk kebebasan bersuara sehingga menyimpulkan bahawa memakai warna merah dan hijau boleh membawa kepada peningkatan  pasukan jenayah kebencian.

“Anda menyatakan rasa kebimbangan dan kegelisahan yang nyata dalam kalangan pelajar mengenai hal Ukraine,  namun dalam konteks Palestin, ia seolah-olah ditiadakan. Anda lebih bimbang kanak-kanak yang menunjukkan sokongan kepada Palestin sebagai dipergunakan bagi buah catur politik,” kata ibu bapa berkenaan menerusi satu aduan.

Amnesty International bulan lalu menerbitkan laporan berjudul ‘This is the Thought Police’ dan memberi amaran bahawa kanak-kanak di sekolah UK “berisiko” dirujuk ke program Prevent kerana sokongan mereka terhadap Palestin. 

Lion Academy Trust yang menguruskan Barclay Primary School dalam kenyataan pada Rabu lalu berkata, surat amaran itu disalahertikan dan dipetik di luar konteks. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *