Antarabangsa
(VIDEO) Netanyahu tiada beza dengan Hitler – Erdogan
Perdana Menteri Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membandingkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler serta menyamakan serangan rejim Israel ke atas Gaza dengan pembunuhan Nazi Jerman ke atas kaum Yahudi.
- Perdana Menteri Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membandingkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler serta menyamakan serangan rejim Israel ke atas Gaza dengan pembunuhan Nazi Jerman ke atas kaum Yahudi.
- Erdogan dalam satu majlis di Ankara, semalam, melontarkan persoalan apakah bezanya di antara Netanyahu dan Hitler.
- “Apa perbezaan kamu dengan Hitler? Mereka akan menyebabkan kita (pula) merindui Hitler, apakah perbezaan di antara tindakan Netanyahu berbanding Hitler? Tiada!
- “Dia (Netanyahu) lebih kaya dari Hitler, mendapat sokongan Barat, segala macam sokongan datang dari Amerika Syarikat (AS). Dan dengan sokongan ini, apa yang mereka lakukan kepada lebih 20,000 penduduk Gaza? Mereka membunuhnya,” kata Erdogan dalam klip video disiarkan di Youtube Sky News.
Perdana Menteri Turkiye, Recep Tayyip Erdogan membandingkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan Adolf Hitler serta menyamakan serangan rejim Israel ke atas Gaza dengan pembunuhan Nazi Jerman ke atas kaum Yahudi.
Erdogan dalam satu majlis di Ankara, semalam, melontarkan persoalan apakah bezanya di antara Netanyahu dan Hitler.
“Apa perbezaan kamu dengan Hitler? Mereka akan menyebabkan kita (pula) merindui Hitler, apakah perbezaan di antara tindakan Netanyahu berbanding Hitler? Tiada!
“Dia (Netanyahu) lebih kaya dari Hitler, mendapat sokongan Barat, segala macam sokongan datang dari Amerika Syarikat (AS). Dan dengan sokongan ini, apa yang mereka lakukan kepada lebih 20,000 penduduk Gaza? Mereka membunuhnya,” kata Erdogan dalam klip video disiarkan Youtube Sky News.
Kenyataan Erdogan dibuat ketika Turkiye meningkatkan kritikan terhadap Israel, menunjukkan trend hubungan yang semakin tegang antara kedua-dua negara itu.
Netanyahu kemudian membalas kenyataan Erdogan dengan merujuk sejarah Turkiye yang menurutnya turut menyalahgunakan hak.
Dengan kritikan terhadap Turkiye atas rekod pencabulan hak dalam negeri dan konfliknya dengan kumpulan bersenjata Kurdish.
Di sebalik kritikan itu, Turkiye mengekalkan hubungan komersial dengan rejim Israel sepanjang tiga bulan serangan ke atas Gaza dalam kempen “pembunuhan beramai-ramai” (genosid) yang membunuh lebih 21,000 rakyat Palestin dan mencederakan 55,000 yang lain. – The Merdeka Times
View this post on Instagram