Antarabangsa
Lebih 80 tentera zionis Israel terbunuh sejak operasi serangan darat di Gaza
Tentera rejim haram Israel hari ini melaporkan angka korban tenteranya di Gaza berjumlah lebih 80 orang sejak operasi serangan darat di wilayah konflik itu.
- Tentera rejim haram Israel hari ini melaporkan angka korban tenteranya di Gaza berjumlah lebih 80 orang sejak operasi serangan darat di wilayah konflik itu.
- Al Jazeera melaporkan tiga lagi askar terbunuh semasa pertempuran pada Selasa dan empat yang lain cedera parah dalam pertempuran lain yang berlaku sekitar utara Gaza.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa lalu dengan memetik sumber Israel berkata mereka tidak dapat memberi kepastian jika kematian terkini diumumkan rejim zionis itu, sudah termasuk kiraan sebelumnya atau tidak.
Tentera rejim haram Israel hari ini melaporkan angka korban tenteranya di Gaza berjumlah lebih 80 orang sejak operasi serangan darat di wilayah konflik itu.
Al Jazeera melaporkan tiga lagi askar terbunuh semasa pertempuran pada Selasa dan empat yang lain cedera parah dalam pertempuran lain yang berlaku sekitar utara Gaza.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Selasa lalu dengan memetik sumber Israel berkata mereka tidak dapat memberi kepastian jika kematian terkini diumumkan rejim zionis itu, sudah termasuk kiraan sebelumnya atau tidak.
Angka mangsa terkini di Gaza disebabkan serangan tentera zionis Israel mencapai lebih 15,899 kematian dengan 42,000 lain cedera.
Tebing Barat pula melaporkan 260 kematian penduduk Palestin direkodkan, manakala seramai 3,365 yang lain cedera.
Di Israel pula kiraan terkini mereka yang maut dalam serangan 7 Oktober lalu adalah seramai 1,147 orang (berbanding laporan asal seramai 1,400) dengan 8,730 cedera.
Manakala kiraan korban tentera rejim zionis Israel sejak 7 Oktober lalu adalah 404 kematian.
Sumber: Al Jazeera