Connect with us

Terkini

KKM kecam kekejaman berterusan rejim Israel ke atas fasiliti kesihatan Gaza

Kementerian Kesihatan (KKM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

KKM kecam kekejaman berterusan rejim Israel ke atas fasiliti kesihatan Gaza
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (kanan).
  • Kementerian Kesihatan (KKM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza.
  • Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan berkata tindakan tidak berperikemanusiaan itu wajar diselar oleh seluruh dunia.
  • “Kegagalan suara mahu pun tindakan daripada komuniti antarabangsa jelas menunjukkan ketidaksamaan dalam layanan terhadap warga Palestin.
  • “Saya menyeru semua pihak untuk menegakkan keadilan terhadap Palestin demi keamanan dunia,” menurut kenyataan itu.
  • WHO pada Isnin dilaporkan berkata pihaknya dipaksa memindahkan bekalan dari gudang perubatan di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam selepas tentera pendudukan Israel memberi amaran bahawa bekalan itu tidak dapat diakses susulan operasi darat di sana.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang mengarahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mengalih bekalan kesihatan dalam tempoh 24 jam dari gudang perubatan di selatan Gaza.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataan berkata tindakan tidak berperikemanusiaan itu wajar diselar oleh seluruh dunia.

Beliau berkata keputusan Israel untuk melakukan perkara itu bukan sahaja menyekat hak kesihatan dan kehidupan rakyat Palestin, malah akan merumitkan keadaan untuk mencapai penyelesaian terhadap keamanan di Palestin.

“Kegagalan suara mahu pun tindakan daripada komuniti antarabangsa jelas menunjukkan ketidaksamaan dalam layanan terhadap warga Palestin.

“Saya menyeru semua pihak untuk menegakkan keadilan terhadap Palestin demi keamanan dunia,” menurut kenyataan itu.

WHO pada Isnin dilaporkan berkata pihaknya dipaksa memindahkan bekalan dari gudang perubatan di selatan Gaza dalam tempoh 24 jam selepas tentera pendudukan Israel memberi amaran bahawa bekalan itu tidak dapat diakses susulan operasi darat di sana.

Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu catatan di platform media sosial X, menggesa Israel menarik balik perintah itu dan ‘mengambil setiap langkah’ untuk melindungi orang awam dan infrastruktur awam termasuk hospital dan kemudahan kemanusiaan.

Sekurang-kurangnya 15,899 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 42,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat Israel sejak konflik 7 Okt lepas. — BERNAMA

Sumber : Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *