Connect with us

Terkini

Kibar, gantung bendera tiada hubungan diplomatik perlu mohon permit

Semua pihak atau individu dinasihati untuk tidak sewenang-wenangnya mengibarkan dan menggantung bendera luar negara tanpa kebenaran di Terengganu, khususnya bendera negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kibar, gantung bendera tiada hubungan diplomatik perlu mohon permit
Foto: Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan.
  • Semua pihak atau individu dinasihati untuk tidak sewenang-wenangnya mengibarkan dan menggantung bendera luar negara tanpa kebenaran di Terengganu, khususnya bendera negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
  • Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, semua pihak perlu mendapatkan permit terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu sekiranya ingin bertindak sedemikian. 
  • “Kita tidak mahu ada yang menggantung bendera sesuka hati terutama bendera negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia,” katanya dipetik Harian Metro hari ini.

KUALA LUMPUR – Semua pihak atau individu dinasihati untuk tidak sewenang-wenangnya mengibarkan dan menggantung bendera luar negara tanpa kebenaran di Terengganu, khususnya bendera negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata semua pihak perlu mendapatkan permit terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu sekiranya ingin bertindak sedemikian. 

“Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak mengibarkan sebarang bendera yang boleh menyentuh sensitiviti dan serta menggugat ketenteraman awam di negeri ini.

“Apa-apa bendera yang ingin digantung atau dikibarkan mesti terlebih dulu mendapatkan permit dan kelulusan daripada PBT.

“Kita tidak mahu ada yang menggantung bendera sesuka hati, terutama bendera negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia,” katanya dipetik Harian Metro hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan boleh diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Terdahulu, seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di Marang pada 1 Dis lalu atas kesalahan mempamerkan bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibarkan bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *