Connect with us

Terkini

Kerajaan sekat kapal Israel, ZIM berlabuh di Malaysia – PM

Kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar berkata sekatan tersebut adalah respons terhadap tindakan negara haram itu yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.
  • “Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa empat minggu dari sekarang,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan media hari ini.
  • Anwar berkata kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat itu berlabuh di Malaysia.
  • “Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” kata Perdana Menteri.
  • Dalam kenyataan media sama, Anwar berkata Kerajaan Malaysia turut tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata sekatan tersebut adalah respons terhadap tindakan negara haram itu yang melanggar undang-undang antarabangsa dengan melakukan pembantaian dan kekejaman terhadap warga Palestin.

“Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa empat minggu dari sekarang,” kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat itu berlabuh di Malaysia.

“Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia. Namun, Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu,” kata Perdana Menteri.

Dalam kenyataan sama, Anwar berkata Kerajaan Malaysia turut tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

“Selain itu, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta- merta.

“Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia,” kata Anwar. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *