Terkini
‘Dakwah Jalanan’ dihina, MRM anjur Mega Street Dakwah 2023 minggu depan
Baru-baru ini, terdapat satu komentar di Facebook mengkritik hantaran berkaitan aktiviti Dakwah Jalanan (Street Da’wah) dianjurkan Multiracial Reverted Muslims (MRM).

Baru-baru ini, terdapat satu komentar di Facebook mengkritik hantaran berkaitan aktiviti Dakwah Jalanan (Street Da’wah) dianjurkan Multiracial Reverted Muslims (MRM).
“Kerajaan Malaysia kena haramkan kegiatan tidak bermaruah ini. Jangan nak one way tiket saja,” demikian kata netizen yang tidak dinamakan itu.
“Bukan kali pertama usaha dakwah kami disindir dan dihina begini. Makin mereka membenci dan menghina, makin bersemangat kami meneruskan dakwah kami,” kata Pengasas MRM, Firdaus Wong Wai Hung membalas komen netizen itu.
Malah, Rasulullah SAW sendiri bersabda: “Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat.”
Bagi menyahut seruan mulia ini, MRM akan menganjurkan program Mega Street Da’wah secara besar-besaran di seluruh Malaysia pada 23 Disember ini dengan bertemakan “Brothers in Faith” (Saudara Seiman).
Kami percaya seruan dakwah yang menyeru seluruh umat manusia kepada agama Allah adalah seruan yang mulia.
Ini bertepatan dengan seruan al-Qur’an dari Surah An-Nahl, 16:125 yang menyebut:
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapatkan hidayah petunjuk”.
Maka, kami juga mengajak anda turun bersama-sama kami menyahut seruanNya dengan berani.
Daftarlah sekarang melalui kod QR dalam poster di atas. Pendaftaran akan ditutup pada 15 Disember 2023. – The Merdeka Times
