Antarabangsa
Dakwa diskriminasi hak, Pedofil transgender dipindahkan ke penjara wanita
Seorang pedofil transgender yang disabit kesalahan seksual dan rogol kanak-kanak dipindahkan ke penjara wanita selepas membuat tuntutan mahkamah terhadap Biro Penjara atas alasan diskriminasi.
- Seorang pedofil transgender yang disabit kesalahan seksual dan rogol kanak-kanak dipindahkan ke penjara wanita selepas membuat tuntutan mahkamah terhadap Biro Penjara atas alasan diskriminasi.
- July Justine Shelby atau nama sebenarnya William Mcclain, ditahan pada November 2016 di Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat selepas dikaitkan dengan sebuah telefon bimbit yang mempunyai grafik imej rogol kanak-kanak.
- Reduxx melaporkan Shelby berkongsi gambar lucah itu yang turut mengandungi gambar kanak-kanak perempuan belum baligh dengan kekasih songsangnya bernama Beau Thornburgh.
- Selepas disabitkan kesalahan, dia dijatuhi hukuman penjara 180 bulan dan dihantar ke pusat tahanan lelaki, Pusat Tahanan Otisville di New York.
- Bagaimanapun pada 2020 pedofil transgender itu mengemukakan writ kecemasan mendakwa dirinya tidak selamat ketika berada dalam tahanan lelaki.
AMERIKA SYARIKAT – Seorang pedofil transgender yang disabit kesalahan seksual dan rogol kanak-kanak dipindahkan ke penjara wanita selepas membuat tuntutan mahkamah terhadap Biro Penjara atas alasan diskriminasi.
July Justine Shelby atau nama sebenarnya William Mcclain, ditahan pada November 2016 di Indianapolis, Indiana selepas dikaitkan dengan sebuah telefon bimbit yang mempunyai grafik imej rogol kanak-kanak.
Reduxx melaporkan Shelby berkongsi gambar lucah itu yang turut mengandungi gambar kanak-kanak perempuan belum baligh dengan kekasih songsangnya bernama Beau Thornburgh.
Selepas disabitkan kesalahan, dia dijatuhi hukuman penjara 180 bulan dan dihantar ke pusat tahanan lelaki, Pusat Tahanan Otisville di New York.
Bagaimanapun pada 2020 pedofil transgender itu mengemukakan writ kecemasan mendakwa dirinya tidak selamat ketika berada dalam tahanan lelaki.
Meskipun kemudiannya dipindahkan ke pusat tahanan wanita, Shelby masih mengemukakan aduan mengenai keadaannya di pusat tahanan itu.
Pedofil transgender itu mendakwa kehadirannya tidak dialu-alukan tahanan wanita di sana dan takut dirinya bakal diserang.
Dia juga mengadu ditempatkan bersama tahanan paling teruk dan mendakwa klasifikasi risikonya ditetapkan terlalu tinggi.
Menurut Keep Prisons Single Sex USA, terdapat kira-kira 1,980 penjenayah transgender dalam sistem persekutuan di mana 1,295 daripadanya adalah lelaki yang mengidentifikasikan diri sebagai transgender.
Daripada jumlah itu, hampir 50 peratus di antara penjenayah transgender terbabit ditahan atas kesalahan seksual.
Sumber: Reduxx