Terkini
(VIDEO) Cubaan percaturan masa depan Palestin tanpa Hamas dan Mujahidin adalah sia-sia
Sebarang percaturan mengenai masa depan Gaza dan Palestin yang dilakukan tanpa melibatkan Hamas dan Mujahidin hanyalah angan-angan dan ilusi, kata pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
- Sebarang percaturan mengenai masa depan Gaza dan Palestin yang dilakukan tanpa melibatkan Hamas dan Mujahidin hanyalah angan-angan dan ilusi, kata pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
- Ismail Haniyeh yang juga Ketua Biro Politik Hamas menegaskan kumpulan pembebasan Palestin itu dan pejuang Mujahidin masih teguh dan sabar dalam perjuangan mereka menentang rejim penjajah zionis Israel.
- “Kami yakin bahawa penjajah itu bakal lenyap dengan izin Allah. Sesungguhnya kami menjangkakan peperangan yang epik ini bakal tamat,” kata Ismail Haniyeh dalam video dimuat naik di media sosial pada Rabu.
- Terdahulu, media melaporkan Tentera British sedang berusaha membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengambil alih pentadbiran di Gaza, kata Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK), Grant Shapps.
KUALA LUMPUR – Sebarang percaturan mengenai masa depan Gaza dan Palestin yang dilakukan tanpa melibatkan Hamas dan Mujahidin hanyalah angan-angan dan ilusi, kata pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Ismail Haniyeh yang juga Ketua Biro Politik Hamas menegaskan kumpulan pembebasan Palestin itu dan pejuang Mujahidin masih teguh dan sabar dalam perjuangan mereka menentang rejim penjajah zionis Israel.
Beliau juga menyeru negara Arab dan Islam mencari kesepakatan menggagalkan normalisasi zionis yang mengancam keselamatan dan kestabilan di seluruh rantau Arab.
“Kami yakin bahawa penjajah itu bakal lenyap dengan izin Allah.
“Sesungguhnya kami menjangkakan peperangan yang epik ini bakal tamat,” kata Ismail Haniyeh dalam video dimuat naik di media sosial pada Rabu.
Ismail Haniyeh turut menzahirkan penghargaan kepada tujuh negara dilantik dalam Sidang Arab- Islam (Mesir, Indonesia, Jordan, Nigeria, Palestin, Qatar dan Turkiye) diketuai Arab Saudi atas usaha politik dan diplomatik menghentikan pencerobohan rejim zionis di Gaza.
Terdahulu, media melaporkan Tentera British sedang berusaha membantu Pihak Berkuasa Palestin (PA) untuk mengambil alih pentadbiran di Gaza, kata Setiausaha Pertahanan United Kingdom (UK), Grant Shapps.
Shapps memberitahu The Times bahawa dia sebelum ini telah bertemu dengan wakil PA di Ramallah, Tebing Barat berhubung perkara itu.
Setiausaha Pertahanan UK itu dilaporkan berkata usaha tersebut dilihat sebagai penyelesaian terhadap isu genosid rakyat Palestin di Gaza ketika ini.
Katanya, Gaza perlu diletakkan di bawah PA kerana ia mampu membawa kepada bantuan dan sokongan daripada masyarakat antarabangsa. – The Merdeka Times
View this post on Instagram