Antarabangsa
Arab Saudi umum penemuan rizab emas baharu di Makkah
Arab Saudi mengumumkan penemuan sumber emas di sepanjang 100km ke selatan lombong emas Mansourah Massarah di muhafazah Al Khurmah di wilayah Makkah, semalam.
- Arab Saudi umum penemuan sumber emas di sepanjang 100km ke selatan lombong emas Mansourah Massarah di muhafazah Al Khurmah di wilayah Makkah, semalam.
- Syarikat Perlombongan Arab Saudi (Maaden) berkata ia menemui pelbagai galian emas, menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan emas di kawasan itu.
- Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata ini merupakan penemuan pertama di bawah penerokaan syarikat yang dilancarkan pada 2022 dengan tujuan membina jalur pengeluaran logam.
- Berdasarkan keputusan itu, Maaden merancang untuk meningkatkan aktiviti penggalian pada 2024 di sekitar Mansourah Massarah.
Arab Saudi mengumumkan penemuan sumber emas di sepanjang 100km ke selatan lombong emas Mansourah Massarah di muhafazah Al Khurmah di wilayah Makkah, semalam.
Syarikat Perlombongan Arab Saudi (Maaden) berkata ia menemui pelbagai galian emas, menunjukkan potensi untuk mengembangkan perlombongan emas di kawasan itu.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata ini merupakan penemuan pertama di bawah penerokaan syarikat yang dilancarkan pada 2022 dengan tujuan membina jalur pengeluaran logam.
Hasil galian dari beberapa tapak di Uruq Selatan, sepanjang 100km ke selatan Mansourah Massarah, telah menemui ciri geologi dan kimia yang serupa dengan simpanan Mansourah Massarah.
Sampel diambil menunjukkan mendapan emas gred tinggi 10.4 gram per tan (g/t) emas dan 20.6 g/t emas di dua tapak galian 400 meter berbeza dari dan di bawah Mansourah Massarah, bermakna emas dengan ketumpatan tinggi ditemui dalam bijih diuji dari lokasi itu.
Berdasarkan keputusan ini, Maaden merancang meningkatkan aktiviti penggalian pada 2024 di sekitar Mansourah Massarah.
Maaden terus mengembangkan jejak penerokaannya dalam di kawasan Jabal al-Ghadara dan Bir al-Tawila, 25 km di utara Mansourah Massarah, di mana syarikat itu memindahkan sumber berjumlah 1.5 juta auns untuk pengukuran.
Ketua Pegawai Eksekutif Maaden, Robert Wilt berkata penemuan itu berpeluang untuk menjadi pusat kebangkitan emas terkini dunia dan merupakan sebahagian daripada strategi pertumbuhan mereka.
“Penemuan ini merupakan demonstrasi penting potensi sumber mineral yang belum diterokai di Arab Saudi, menyokong kepelbagaian negara sejajar dengan Wawasan 2030 dan menjadikan perlombongan sebagai tonggak ketiga ekonomi Saudi,” kata Wilt dipetik Saudi Gazette.
Mansourah Massarah merupakan lombong emas terbaharu, terbesar dan paling maju dari segi teknologi di Arab Saudi dan menghasilkan 11,982.84 auns emas pada 2022. – The Merdeka Times