Antarabangsa
2,800 tentera Israel terima rawatan pemulihan akibat perang
Lebih 2,800 askar Israel menerima rawatan pemulihan menerusi jabatan pemulihan Kementerian Pertahanan Israel sejak tercetus konflik di Gaza bermula 7 Oktober lalu.
- Lebih 2,800 askar Israel menerima rawatan pemulihan menerusi jabatan pemulihan Kementerian Pertahanan Israel sejak tercetus konflik di Gaza bermula 7 Oktober lalu.
- 91 peratus askar dikategorikan cedera ringan, 6 peratus dengan kecederaan sederhana dan 3 peratus parah, lapor Haaretz memetik data Limor Luria, ketua jabatan pemulihan dalam pembentangan kepada Suruhanjaya Kesihatan Peperangan.
- Data menunjukkan 18 peratus askar-askar itu mengalami gangguan kesihatan mental dan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD).
- Haaretz melaporkan 48 peratus dari tentera-tentera mempunyai “anggota badan yang tercedera”.
- Jumlah kiraan tentera Israel menunjukkan 463 anggotanya terbunuh dan 1,860 cedera sejak bermulanya konflik 7 Oktober lalu.
Lebih 2,800 askar Israel menerima rawatan pemulihan menerusi jabatan pemulihan Kementerian Pertahanan Israel sejak tercetus konflik di Gaza bermula 7 Oktober lalu.
91 peratus askar dikategorikan cedera ringan, 6 peratus dengan kecederaan sederhana dan 3 peratus parah, lapor Haaretz memetik data Limor Luria, ketua jabatan pemulihan dalam pembentangan kepada Suruhanjaya Kesihatan Peperangan.
Data menunjukkan 18 peratus askar-askar itu mengalami gangguan kesihatan mental dan kecelaruan stres pasca trauma (PTSD).
Haaretz melaporkan 48 peratus dari tentera-tentera itu mempunyai “anggota badan yang tercedera”.
Jumlah kiraan tentera Israel menunjukkan 463 anggotanya terbunuh dan 1,860 cedera sejak bermulanya konflik 7 Oktober lalu.
Serangan udara dan darat Israel di Gaza sejak 7 Oktober lalu mengorbankan 19,667 warga Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan 52,586 yang lain, menurut penguatkuasa kesihatan di wilayah konflik itu.
Peperangan menyebabkan hampir dia juta penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal, mengalami kekurangan makanan dan air bersih.
Hampir 1,200 warga Israel dilaporkan terbunuh dalam serangan balas pejuang Palestin sebelum ini, manakala lebih 130 tebusan dipercayai masih dalam tawanan kumpulan itu.
Sumber: Anadolu Agency