Antarabangsa
Universiti Stanford siasat insiden ‘langgar lari’ sasarkan pelajar Islam
Siasatan berterusan sedang dijalankan di Universiti Stanford ke atas beberapa insiden jenayah kebencian yang berlaku sejak bermula konflik Palestin-Israel.
- Siasatan berterusan sedang dijalankan di Universiti Stanford ke atas beberapa insiden jenayah kebencian yang berlaku sejak bermula konflik Palestin-Israel.
- Antara insiden dilaporkan jabatan keselamatan awam universiti itu ialah kemalangan langgar lari melibatkan seorang pelajar Arab Islam, Abdul Wahab Omira pada 3 November lalu.
- Menurut kenyataan Omira, pemandu dengan sengaja membuat hubungan mata, memecut dan melanggarnya, kemudian melarikan diri sambil menjerit, ‘f*** you people’.
- “Sebagai pelajar Arab Islam di Stanford, saya tidak pernah membayangkan menjadi mangsa serangan kebencian. Jeritan kebencian anda bergema di telinga saya sehingga saya menanggung kesakitan emosi dari kejadian ini,” katanya dipetik S2J News.
Siasatan berterusan sedang dijalankan di Universiti Stanford ke atas beberapa insiden jenayah kebencian yang berlaku sejak bermula konflik Palestin-Israel.
Antara insiden dilaporkan jabatan keselamatan awam universiti itu ialah kemalangan langgar lari melibatkan seorang pelajar Arab Islam, Abdul Wahab Omira pada 3 November lalu.
Menurut kenyataan Omira, pemandu dengan sengaja membuat hubungan mata, memecut dan melanggarnya, kemudian melarikan diri sambil menjerit, ‘f*** you people’.
“Sebagai pelajar Arab Islam di Stanford, saya tidak pernah membayangkan menjadi mangsa serangan kebencian. Jeritan kebencian anda bergema di telinga saya sehingga saya menanggung kesakitan emosi dari kejadian ini,” katanya dipetik S2J News.
Siasatan awal dijalankan California Highway Patrol mendapati insiden itu adalah ‘jenayah kebencian’.
Dalam keterangan diberikan, Omira mengenal pasti identiti pemandu sebagai ‘lelaki kulit putih lingkungan usia 20-an, rambut pendek perang kotor, berjanggut pendek, memakai baju kelabu dan bercermin mata bingkai bulat’.
Kenderaan digunakan pula digambarkan sebagai ‘Toyota 4Runner hitam 2015 atau mungkin model lebih baharu’.
Susulan insiden itu, Presiden Stanford, Richard Sallee dan Provost Jenny Martinez mengeluarkan kenyataan yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan berlaku.
Mereka menekankan komitmen universiti untuk mengekalkan kampus bebas daripada ‘keganasan’ dan ‘kebencian’.
Sementara itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) menyuarakan kebimbangan dengan menekankan keperluan mendesak untuk menangani ‘Islamofobia’ dan ‘kebencian’ dalam kalangan masyarakat.
Pihak berkuasa menggesa individu yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Siri insiden jenayah kebencian berlaku di Stanford bermula 15 Oktober lalu apabila sekumpulan pelajar ‘Arab Islam atau Palestin’ diganggu secara fizikal pelajar lain ketika berada di kampus.
Sumber: S2J NEWS