Antarabangsa
Tiga pemuda Palestin pakai ‘keffiyeh’ ditembak dekat kampus universiti AS
Keluarga kepada tiga pelajar yang ditembak di Vermont, Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu, menggesa pihak polis untuk menyiasat serangan itu sebagai jenayah kebencian.
- Keluarga kepada tiga pelajar yang ditembak di Vermont, Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu, menggesa pihak polis untuk menyiasat serangan itu sebagai jenayah kebencian.
- Hisham Awartani, Tahseen Ahmed dan Kinnan Abdalhamid ditembak seorang lelaki berhampiran Kampus Universiti Vermont, kata Polis Burlington.
- Polis sedang menyiasat motif serangan dan menyatakan pada waktu insiden serangan itu, mereka memakai keffiyeh – kain selendang tradisional – dan bertutur dalam Bahasa Arab.
- “Jenayah kebencian terhadap warga Palestin mesti dihentikan,” kata Duta Besar yang juga Ketua Misi Palestin ke UK, Husam Zomlot, yang turut memuat naik foto ketiga-tiga mangsa di media sosial.
Keluarga kepada tiga pelajar yang ditembak di Vermont, Amerika Syarikat (AS), Sabtu lalu, menggesa pihak polis untuk menyiasat serangan itu sebagai jenayah kebencian.
Hisham Awartani, Tahseen Ahmed dan Kinnan Abdalhamid ditembak seorang lelaki berhampiran Kampus Universiti Vermont, kata Polis Burlington.
Polis sedang menyiasat motif serangan dan menyatakan pada waktu insiden serangan itu, mereka memakai keffiyeh – kain selendang tradisional – dan bertutur dalam Bahasa Arab.
Setakat ini, polis masih mencari suspek terlibat dan berdasarkan laporan CBS News, suspek dipercayai melarikan diri meninggalkan tempat kejadian.
Ketua Polis Burlington, Jon Mura berkata dua mangsa dalam keadaan stabil dan mangsa ketiga mengalami kecederaan serius.
Reuters melaporkan kenyataan keluarga ketiga-tiga mangsa dalam lingkungan umur 20-an itu melalui pertubuhan bukan berasaskan keuntungan pro-Palestin, organisasi Middle East Understanding.
“Kami menyeru penguatkuasa undang-undang untuk menjalankan siasatan menyeluruh, serta menangani insiden ini sebagai satu jenayah kebencian.
“Kami tidak akan selesa selagi penembak itu tidak dibawa ke muka pengadilan,” kata mereka dalam kenyataan bersama itu.
Duta Besar yang juga Ketua Misi Palestin ke UK, Husam Zomlot turut memuat naik foto ketiga-tiga mereka di media sosial.
“Jenayah kebencian terhadap warga Palestin mesti dihentikan,” kata Husam dipetik BBC.
Sumber: BBC