Connect with us

Antarabangsa

Tiga lagi wartawan terbunuh dalam serangan rejim Israel di sempadan Lubnan

Pengeboman rejim Israel di selatan Lubnan menyebabkan tiga wartawan terbunuh, demikian lapor media Lubnan dalam insiden ketegangan semakin meningkat di sepanjang sempadan utara Israel.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pemberita, Farah Omar (kiri) dan Jurukamera, Rabih Me’mari (kanan) yang terbunuh dalam serangan Israel.
  • Pengeboman rejim Israel di selatan Lubnan menyebabkan tiga wartawan terbunuh, demikian lapor media Lubnan dalam insiden ketegangan semakin meningkat di sepanjang sempadan utara Israel.
  • Agensi Berita Nasional Lubnan semalam melaporkan “pengeboman musuh” telah meragut nyawa tiga individu di kawasan Tayr Harfa, sekitar 1.6km dari sempadan Israel.
  • Saluran TV Al Mayadeen Lubnan berkata dua petugas mereka antara mangsa insiden itu dan keterlibatan individu ketiga yang dikatakan seorang wartawan tempatan serta penyumbang kepada saluran TV itu.
  • “Pemberita Farah Omar dan jurukamera Rabih Me’mari terbunuh dalam serangan Israel,” kata Al Mayadeen dalam satu kenyataan.

Pengeboman rejim Israel di selatan Lubnan menyebabkan tiga wartawan terbunuh, demikian lapor media Lubnan dalam insiden ketegangan semakin meningkat di sepanjang sempadan utara Israel.

Agensi Berita Nasional Lubnan semalam melaporkan “pengeboman musuh” telah meragut nyawa tiga individu di kawasan Tayr Harfa, sekitar 1.6km dari sempadan Israel.

Saluran TV Al Mayadeen Lubnan berkata dua petugas mereka antara mangsa insiden itu dan keterlibatan individu ketiga yang dikatakan seorang wartawan tempatan serta penyumbang kepada saluran TV itu.

“Pemberita Farah Omar dan jurukamera Rabih Me’mari terbunuh dalam serangan Israel,” kata Al Mayadeen dalam satu kenyataan.

Pengarah Al Mayadeen, Ghassan bin Jiddo berkata serangan itu berlaku selepas Israel membuat keputusan untuk menyekat laman web saluran itu.

“Ia adalah satu serangan langsung yang ditujukan, ia bukan kebetulan,” katanya.

“Satu lagi serangan yang menyasarkan wartawan di selatan Lubnan, membunuh seorang wartawan dan seorang jurukamera petugas saluran pan-Arab Al-Mayadeen… Individu ketiga, yang turut bersama mereka juga terbunuh,” kata pemberita Al Jazeera, Zeina Khodr yang membuat liputan di selatan Lubnan.

Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi berkata mereka telah membuat sekatan laman web dan pengaturcaraan Al Mayadeen pada 13 Oktober lalu selain menutup pejabat tempatannya.

Rejim Israel turut menyenaraihitamkan Al Mayadeen minggu lalu, menuduhnya “berusaha membahayakan kepentingan keselamatan (Israel) serta mendokong matlamat musuh”.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *