Connect with us

Terkini

Teruskan boikot produk zionis Israel — Mufti Perlis

Masyarakat Islam di Malaysia diseru untuk meneruskan usaha memboikot produk zionis sebagai tanda penentangan terhadap kezaliman dilakukan rejim penjajah Israel kepada rakyat Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkata, tindakan boikot itu adalah perkara yang dituntut oleh agama di dalam konteks yang dihadapi masyarakat Islam hari ini kerana ia satu-satunya ‘senjata’ dimiliki Muslim untuk membantu rakyat Palestin susulan keterbatasan jarak di antara dua negara.
  • “Agama menyuruh kalau ada apa-apa, mana-mana orang Muslim, masyarakat Muslim yang ditindas masyarakat Muslim yang lain wajib untuk menolong mereka.”
  • “…Senjata nak hantar tak boleh, yang ada ini (boikot) sahaja. Kalau ini pun kita tak gunakan memang kita hanya melihat saudara Muslim kita dibunuh tanpa kita bertindak apa-apa,” katanya dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY menerusi topik, ‘Boikot Produk Zionis: Maslahah @ Mafsadah?’ yang disiarkan secara langsung Sinar Harian pada Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR — Masyarakat Islam di Malaysia diseru untuk meneruskan usaha memboikot produk zionis sebagai tanda penentangan terhadap kezaliman dilakukan rejim penjajah Israel kepada rakyat Palestin.

Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkata, tindakan boikot itu adalah perkara yang dituntut oleh agama di dalam konteks yang dihadapi masyarakat Islam hari ini kerana ia satu-satunya ‘senjata’ dimiliki Muslim untuk membantu rakyat Palestin susulan keterbatasan jarak di antara dua negara.

Katanya, jika usaha sedemikian pun masyarakat Islam gagal melakukannya, maka sebenarnya kita lebih memilih untuk melihat saudara sesama Islam dibunuh tanpa berbuat apa-apa. 

“Agama menyuruh kalau ada apa-apa, mana-mana orang Muslim, masyarakat Muslim yang ditindas masyarakat Muslim yang lain wajib untuk menolong mereka. 

“…Senjata nak hantar tak boleh, yang ada ini (boikot) sahaja. Kalau ini pun kita tak gunakan memang kita hanya melihat saudara Muslim kita dibunuh tanpa kita bertindak apa-apa. 

“Dan ini bagi saya, saya berkempen dan ajak semua orang Islam meneruskan boikot ini dengan kadar yang kita mampu,” katanya dalam program Di Sebalik Isu Bersama FY menerusi topik, ‘Boikot Produk Zionis: Maslahah @ Mafsadah?’ yang disiarkan secara langsung Sinar Harian pada Jumaat lalu.

Turut diundang sebagai panelis Pengerusi Boikot, Pelupusan Pelaburan dan Sekatan (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.

Mengulas lanjut, Dr MAZA berkata hatta dalam kalangan ulama yang neutral dalam isu tersebut di mana tidak mahu mengatakan wajib tetap menyatakan sesiapa yang melaksanakan boikot memperolehi pahala kerana melakukan jihad dengan hartanya.

“Kita lihat satu kezaliman, (ada seseorang) pukul satu orang peniaga di depan rumah kita ataupun di tempat kita, kita tidak mahu beli (barangan) dia sebab dia zalim kita dapat pahala kerana kita membantah sikap dia, jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim nanti kamu disentuh oleh api neraka,” katanya.

Mufti Perlis itu turut mengingatkan masyarakat Islam untuk memastikan boikot dikenakan adalah pada sasaran yang tepat bagi mengelakkan berlaku penganiayaan terhadap pihak tidak bersalah. — The Merdeka Times

Sumber : Youtube Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *