Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis Israel mengaku tembak ke arah rakyat sendiri
Sebuah video dimuat naik di akaun Instagram jordannewsdaily memaparkan temu ramah tentera rejim zionis yang mengaku menembak ke arah orang awam atau rakyatnya sendiri dalam insiden 7 Oktober lalu.
- Sebuah video dimuat naik di akaun Instagram jordannewsdaily memaparkan temu ramah tentera rejim zionis yang mengaku menembak ke arah orang awam atau rakyatnya sendiri dalam insiden 7 Oktober lalu.
- Seorang tentera wanita menceritakan situasi bagaimana dirinya bersama pegawai lain pada hari itu bercanggah untuk melepaskan tembakan terhadap orang awam di komuniti negara haram Israel itu.
- “Kami memecah masuk komuniti, rempuhi pagarnya dan ikut arahan, pegawai menunjuk dan mengarahkan, “Tembak sana, pengganas ada di sana,” saya tanya kepadanya, “ada orang awam di sana?”
- Katanya, “saya tidak tahu, tembak saja.” Saya putuskan untuk tidak menembak, (kerana) ini komuniti Israel.
- “(Bagaimanapun) saya menembak dengan menggunakan mesingan ke sebuah rumah,” katanya.
Sebuah video dimuat naik di akaun Instagram jordannewsdaily memaparkan temu ramah tentera rejim zionis yang mengaku menembak ke arah orang awam atau rakyatnya sendiri dalam insiden 7 Oktober lalu.
Seorang tentera wanita menceritakan situasi bagaimana dirinya bersama pegawai lain pada hari itu bercanggah untuk melepaskan tembakan terhadap orang awam di komuniti negara haram Israel itu.
“Kami memecah masuk komuniti, rempuhi pagarnya dan ikut arahan, pegawai menunjuk dan mengarahkan, “Tembak sana, pengganas ada di sana,” saya tanya kepadanya, “ada orang awam di sana?”.
Katanya, “saya tidak tahu, tembak saja.” Saya putuskan untuk tidak menembak, (kerana) ini komuniti Israel.
“(Bagaimanapun) saya menembak dengan menggunakan mesingan ke sebuah rumah,” katanya.
Seorang tentera rejim zionis yang lain menceritakan pengalamannya berdepan situasi rumit sehingga mereka sendiri melepaskan tembakan dalam komuniti penduduk Israel.
“Kami berperang di dalam Holit. Tembakan juga datang dari padang dan dari dalam komuniti. Kami juga melepaskan bedilan peluru dan mesingan dalam komuniti. Ini satu situasi yang kompleks.
“Pengganas tidak bertempur dengan kereta kebal apabila ia tiba, mereka samada melarikan diri atau mati. Ia membunuh beberapa pengganas,” katanya dipetik jordannewsdaily.
Terdahulu, Yasmin Porat, wanita yang turut berada dalam festival muzik yang kebetulan digempur Hamas pada 7 Oktober lalu turut mengesahkan tentera rejim penjajah Israel melepaskan tembakan rambang tanpa mempedulikan sasarannya itu pejuang Hamas atau tawanan warga Israel.
Sumber: Instagram – jordannewsdaily
View this post on Instagram